Pengarah Sukan Bayern Cadangkan Nama Ole Ganti Tuchel

Bayern Munich dilaporkan turut mempertimbangkan nama Ole Gunnar Solskjaer dalam senarai pengurus yang mereka mahukan jika sesuatu berlaku pada kontrak Tuchel.

Tuchel dilaporkan sedang dalam tekanan untuk mempertahankan jawatannya di Munich selepas kelab itu semakin ketinggalan daripada Bayer Leverkusen dalam persaingan Liga Jerman.

Nama Xabi Alonso dan Zinedine Zidane antara nama pilihan utama untuk dilantik menjadi pengurus utama pasukan itu.

Bukan itu sahaja, nama bekas pengendali Chelsea dan Juve, Antonio Conte turut dalam senarai mereka selain daripada Sebastian Hoeness.

Namun jika Tuchel dipecat dalam masa yang terdekat maka Bayern mungkin mahukan pengurus interim untuk menyambung projek Tuchel pada baki musim ini.

Selain beberapa nama besar dalam senarai panjang database Bayern, nama Ole Gunnar Solskjaer tiba tiba terselit di dalamnya.

Menurut Florian Pletteberg, nama Solskjaer memang dalam senarai untuk calon interim. Namun ketika ini, tiada perkembangan lebih konkrit berkenaan dengan situasi ini.

Namanya Ole mulai keluar apabila Pengarah Sukan Bayern, Christoph Freund mahu mempertimbangkan Ole Gunnar Solskjaer dalam senarai. Sebagai salah satu pilihan.

Prestasi Ole ketika menjadi interim di Man United sangat luar biasa. Mungkin itu sebabnya Bayern menyertakan sekali namanya dalam senarai.

Berdasarkan situasi di bilik persalinan Bayern ketika ini, Zidane dan Conte antara calon yang kuat untuk memimpinnya pada jangka masa panjang. Ini kerana karakter 2 pengurus tersebut.

Nama Hansi Flick tidak dibincangkan sama sekali dalam nama calon pengurus Bayern. Lagipun Flick tidak berminat menyambung projek Bayern yang ada ini, pada baki musim ini.

Selain itu ejennya, Pini Zahavi sedang berusaha melobi jawatan di Liga Perdana Inggeris yang lebih lumayan.

Situasi Tuchel di Bayern ketika ini masih terkawal. Cuma kelab mengambil langkah persiapan awal.

Baca yang lain

Xavi Sedia U-Turn Dan Kekal Di Barca

Beberapa minggu lalu Xavi menyatakan bahawa dia akan tetap meninggalkan Barcelona walaupun kelab itu menjulang UCL sekalipun. Sebelum itu Xavi sudah menyatakan