Pengarah Sukan Bayern Tak Dapat Menahan Diri Daripada ‘Sound’ Gnabry Kerana Gambar OOTD Di Paris

Pengarah Sukan Bayern Munich, Hassan Salihamidizic ternyata tidak gembira dengan gambar yang dimuat naik pemain Bayern Munich, Serge Gnabry, di media sosial pemain itu.

Di mana Gnabry menunjukkan gambar OOTD beliau ketika bercuti di Paris. Sehari selepas pasukannya terikat seri 1-1 dengan RB Leipzig.

Salihamidzic menegaskan dari segi peraturan, tidak salah pun pemain itu pergi bercuti ke Paris. Namun mengambil kira jadual yang padat, pemain itu seharusnya menggunakan masa rehat yang ada untuk pemulihan [recovery] sepenuhnya selepas perlawanan.

Hari rehat diberikan kepada pemain untuk berehat termasuk rehat daripada latihan. Ianya adalah hari di mana pemain profesional biasanya menggunakan hari tersebut bagi dimanfaatkan untuk memulihkan kondisi mereka.

Gnabry beraksi agak teruk ketika beraksi menentang Koln dan digantikan pada separuh masa kedua.

Bercakap kepada media tentang percutian Gnabry di Paris, Hasan Salihamidzic tidak dapat menahan dirinya daripada menyatakan kekecewaannya ke atas Gnabry yang dilabelnya sebagai bersikap seperti seorang amatur.

“Itu sikap pemain amatur. Tidak sesuai dengan kelakuan seorang pemain Bayern Munich.”

“Hari rehat adalah sangat penting bagi seorang pemain untuk memulihkan keadaan mereka. Kami akan bersemuka dengannya dan bercakap tentang ini.”

BILD melaporkan bahawa Gnabry sudah dipanggil mengadap Hassan Salihamidzic. Dan perbincangan antara kedua dua pihak adalah positif. Pemain itu dilaporkan sedia mengubah sikapnya selepas ini.

Gnabry tidak dikenakan sebarang tindakan disiplin kerana perkara itu, sebaliknya kelab hanya menasihatinya tentang cara terbaik menggunakan hari rehat.

Gnabry bergelut untuk mendapatkan prestasi terbaiknya seperti beberapa musim yang lalu.

Dia kini sedar bahawa, dia bukan sahaja berisiko kehilangan tempat dalam pasukan Bayern, malah berisiko kehilangan tempat dalam pasukan kebangsaan Jerman.

Pengurus Bayern, Julian Nagelsmann turut menyarankan Gnabry agar lebih bijak mengendalikan hari rehatnya.

Dia berkata: “Saya tidak boleh masuk campur ke atas apa yang pemain lakukan pada hari rehat mereka.”

“Majikan tiada hak untuk memberitahu pemain apa yang mereka harus lakukan pada hari rehat tersebut.”

“Namun saya hanya boleh menasihati pemain agar pemain dapat menguruskan hari rehat mereka dengan sebaik baiknya.”

Baca yang lain

Bayern Munich Mahu Unai Emery

Pengurus Aston Villa, Unai Emery kini berada dalam radar Bayern Munich. Bekas pengendali PSG dan pemenang beberapa trofi UEL itu menunjukkan hasil