Pengarah Sukan Bayern Tidak Minat Cerita Tentang Alonso

Pengarah Sukan Bayern Munich, Christoph Freund dengan satu ayat pendek menutup mulut wartawan ketika mereka bertanya tentang Xabi Alonso.

Nama Xabi Alonso dikaitkan dengan Bayern untuk mengisi kekosongan yang akan ditinggalkan Thomas Tuchel pada akhir musim ini.

Ada beberapa calon lain turut dalam perhatian Bayern.

Bercakap kepada wartawan tentang penamatan kontrak Tuchel atas persetujuan bersama selepas tamat musim ini, Freund akui simpati dengan Tuchel, kerana pengurus itu sudah banyak berkorban masa dan tenaga ketika di Bayern.

Namun malangnya, hasil yang dicapai agak tidak setimpal dan memuaskan.

Freund berkata: “Saya minta maaf sangat sangat. Thomas telah melabur banyak dan berkorban tenaga yang sangat banyak dalam pasukan ini.

“Kami harus bersatu padu ketika ini untuk memastikan kita menikmati 3 bulan terakhir yang baik dan berjaya bersama sama.”

Ditanya tentang minat Bayern ke atas Alonso, Freund berkata: “Itu bukan topik untuk kami bincangkan [pada masa ini].”

Alonso cemerlang membawa Bayer Leverkusen kekal tanpa kalah dalam liga musim ini.

Dan Bayern dilaporkan benar benar berharap akan dapat menandatangani bekas pemain mereka itu untuk menjadi pengurus kelab.