Pengarah Sukan Man City Dah Bosan Diundi Lawan Real Madrid Lagi

Pengarah Sukan Manchester City, Txiki Begiristain menyatakan bahawa dia sudah bosan dengan undian Liga Juara Juara Eropah musim ini.

Kerana menurutnya, undian adalah sama macam musim lepas. Di mana Man City akan berdepan Real Madrid di suku akhir.

“Memalukan sekali lagi, bosan dengan dengan bola ni, undian dia sama je,” tegas beliau kepada Movistar.

“Ya. undian ni sama macam tahun lepas. Cuma tukar Liverpool dengan Arsenal. Kami akan cuba ingat balik apa yang berlaku tahun lepas sehingga kami berjaya mara ke final.

“Mereka adalah pasukan paling banyak trofi UCL. Dan konsistensi itu sentiasa menjadi fasa kemuncak.

“Kami anggap diri kami pasukan yang kuat. Kami ada ada musim UCL yang bagus dan rekod kemenangan yang baik. Ini satu trend.”

Ditanya tentang pandangannya tentang Real Madrid, Txiki berkata: “Ini kejohanan mereka, secara sejarah, walaupun mereka tidak bagus dalam liga sekalipun, mereka tetap sangat bagus di UCL.

“Apa yang lebih penting musim ini mereka terbaik di dalam liga. Tapi tidak kira apa berlaku, mereka akan menikmatinya, kerana ketika mereka [Real Madrid] berhadapan dengannya, mereka akan percaya dan akan memenanginya.”

Txiki kemudian menegaskan bahawa misi utama mereka musim ini adalah untuk mempertahankan kejuaraan treble mereka.

“Kami mahukan kesemua 3 trofi itu. Kami di suku akhir Piala FA, kami dalam persaingan untuk ketiga tiga pertandingan. Dalam EPL kami hanya dibezakan dengan 1 mata saja.

“Kami sentiasa melakukan perkara yang hebat dalam UCL. Kami sudah merasa pengalaman berada di sana dan kami ada mentaliti yang kuat untuk melakukannya.”

Baca yang lain

Real Madrid Singkir Juara Bertahan!

Real Madrid menyingkirkan juara bertahan Manchester City dari saingan UCL awal pagi tadi. Skuad Carlo Ancelotti sekali membuktikan bahawa Real Madrid dan