Pengarah urusan Bayer Leverkusen telah memberikan klu terbesar kepada peminat Liverpool bahawa Xabi Alonso tidak akan menggantikan Jurgen Klopp di Anfield.
Bulan lalu, Klopp membuat kejutan apabila meungumumkan dia akan meninggalkan Liverpool selepas 9 tahun bersama. Klopp menegaskan bahawa dia sudah hilang tenaga untuk bekerja di Liverpool.
Nama Xabi Alonso hangat dikaitkan dengan Liverpool. Bekas pemain tengah Liverpool itu menunjukkan prestasi luar biasa sejak menyertai kelab itu pada 2022.
Seperkara yang menarik adalah, Xabi Alonso ada klausa pelepasan khas jika dia mahu menyertai bekas kelab lamanya, iaitu Bayern Munich, Liverpool dan Real Madrid.
Namun Pengarah Urusan Leverkusen menyatakan bahawa Xabi Alonso akan terus kekal di kelab itu.
Dia menjawab kepada wartawan: “Ya saya sangat pasti dia akan kekal.”
Dia berkata begitu selepas kemenangan 3-0 Bayer Leverkusen ke atas Bayern Munich yang menjarakkan mereka 5 mata di atas.
Ditanya kenapa dia yakin pengurus muda Sepanyol itu akan terus kekal, Roffle menjawab: “Pertamanya kerana kontrak dia masih ada di sini. Dan seterusnya, dia sangat selesa dan gembira berada di sini.
“Dia dan keluarganya juga sangat menyukai persekitaran kelab ini. Dan dia juga memiliki pasukan yang sangat baik, kami ada perspektif yang sangat baik. Dan tahun hadapan, tiada perubahan dalam pasukan ini.”
Roffle memberika jaminan bahawa dia tak akan sewenang wenang campur tangan menjual pemain bintang dalam skuad Alonso ketika ini. Dan mahu membantu menguatkan lagi pasukan itu.
“Kami sudah tentu akan memiliki pasukan yang berkelas dunia musim hadapan. Ini semua perkara yang penting untuk menguatkan hakikat bahawa Alonso akan terus kekal selain daripada kontraknya.
“Jurulatih seperti Xabi Alonso, dan pemain pemain kami sentiasa menarik minat daripada kelab lain, namun mereka biasanya akan terus kekal dengan kami.”
Selain daripada Xabi Alonso, pengurus Brighton, Roberto De Zerbi dan pengurus Sporting, Ruben Amorim juga antara nama yang dikaitkan dengan Liverpool.
Klopp akan membawa sekali staf kejurulatihannya keluar dari Anfield. Ini akan menjadi cabaran besar buat Liverpool dalam membentuk pasukan pasca era Klopp.