Pengembaraan Firmino, Alagoan Ke-3 Di Piala Dunia

Dengan pokok-pokok kelapa gergasi di tepi jalan, di sebelah laut yang berwarna biru. Hotel-hotel tinggi yang berkilau dibawah terik matahari.

Restoran mewah di tepi pantai yang menghidangkan lobster, mudah untuk katakan Maceio -bandar negeri Alagoas- dikenali sebagai Carribean Brazil.

Kawasan miskin dan kotor di Alagoas

Namun di bahagian timur laut negeri ini agak berbeza, satu kawasan yang tidak membangun. Kawasan ini dipenuhi dengan sampah, jalan yang berlopak ditakungi dengan air kotor.

Seorang budak lelaki yang agak pemalu tetapi sentiasa mengukir senyuman memulakan pengembaraannya dari jalanan di Selecao, Alagoas ke Anfield.

Roberto Firmino Barbosa de Oliveira lahir pada 2 Oktober 1991 di Trapiche da Barra, sebuah kejiranan miskin di antara tasik yang tercemar.

Membesar dalam sebuah rumah yang sederhana dan baru-baru ini rumah tersebut telah diubahsuai menjadi sebuah kedai menjual hot dog.

Namun kenangan keluarga Firmino akan kekal disitu.

“Tempat ini sentiasa dipenuhi dengan keganasan dan ibu Roberto sangat melindungi dia,” kata Bruno Barbosa dos Santos, rakan zaman kanak-kanak Firmino

“Dia adalah pemain bola sepak yang gila, tetapi ia sukar mendapat kebenaran dari ibunya untuk keluar bermain.”

“Jadi dia akan memanjat tembok pagar dan bermain bersama kami di jalanan.”

“Satu kali dia jatuh dan menerima jahitan di lututnya. Berparut.”

Rakan Firmino yang lain teringat bagaimana mereka akan membaling batu ke bumbung rumah Firmino untuk memberi isyarat supaya keluar bermain.

Manakala jurulatih kelab pertamanya -Flamenguiho- akan menyediakan tangga bagi memudahkan ‘pemain bintang‘nya dapat menyelinap keluar.

Walaupun bermain dengan sekumpulan pemain yang berusia 6 tahun lebih tua namun Firmino berada di kelas lebih tinggi.

Ibu Firmino bimbang, dengan kawasan yang mempunyai ramai orang yang tidak baik boleh mempengaruhi anaknya menjadi seperti mereka.

Namun sahabat Firmino -Dedeu- mengatakan Firmino tidak pernah berfikir mahu menjadi seperti mereka.

Sehingga hari ini Dedeu salah seorang sahabat lama Firmino yang masih kekal tinggal disitu.

“Dia tenang dan malu-malu – dia hanya tersenyum – tetapi dia seorang yang gilakan bola sepak,”

Impiannya mahu menjadi pemain bola sepak profesional. Melihat dimana dia membesar adalah sukar untuk mencapai impian tersebut.

“Hidup disini sangat sukar untuk mencapai impian itu. Sebab itu saya gembira melihatnya, dia berhak mendapat kejayaan itu.”

Keluarga miskin yang merendah diri

Bercakap dengan mana-mana orang yang mengenali Firmino atau keluarganya sama ada Mariana Cicera atau Jose Cordeiro, jawapannya adalah sama.

Sebuah keluarga yang sangat merendah diri yang berusaha keluar dari kemiskinan.

Jose merupakan penjual jalanan, menjual air botol dari kotak di tepi-tepi persembahan muzik dan juga ketika perlawanan bola sepak berlangsung.

Ia merupakan pekerjaan utama Jose bagi mencari wang untuk menyara keluarganya.

Ketika ayahnya berjuang untuk memberi makan kepada keluarganya, anak lelakinya mempunyai satu cita-cita yang sangat besar.

“Dia sentiasa menjadi anak yang baik, selalu memikirkan tentang orang lain,” kata Bruno

Bruno sehingga hari ini masih kekal berhubung dengan penyerang Liverpool itu. Bertukar-tukar mesej dan sekali-sekala melalui WhatsApp.

Firmino membantu Bruno membelikan sebuah kerusi roda kepada neneknya yang mengalami strok.

Impian Firmino

“Impianya adalah membawa ibu, ayah dan kakaknya keluar dari sini.”

“Dia menonton Ronaldinho Gaucho dan Ronaldo di Televisyen dan mahu menjadi seperti mereka,” kata Dedeu.

“Dia akan bercakap tentang keupayaan Ronaldinho, tetapi dia juga mempunyai memiliki kemahiran, dia lebih baik daripada yang lain.”

Terdapat satu padang kecil terletak di pintu masuk Escadar Estadual Profesor Tarcisio de Jesus. Sebuah sekolah Firmino yang mula belajar disitu sejak berusia 7 tahun.

Tertera satu tulisan:

Mulakan dengan sesuatu yang perlu terlebih dahulu. Kemudian lakukan sesuatu yang anda boleh lakukan seterusnya anda akan melakukan sesuatu yang mustahil.

Ari Santiago tersenyum ketika membacanya. Seorang bekas ejen sokongan, dia menjadi lapisan pertama dalam piramid bola sepak.

Membina pasukan bola sepak di sekolah, dia akan mendesak muridnya untuk bermimpi besar tetapi tidak pernah membayangkan seorang muridnya akan bermain mewakili Brazil.

“Salah satu sebab yang membuat saya mahu membina pasukan kerana kematian 3 pelajar yang dibunuh.”

“Ia benar-benar ganas disini dan kematian itu sangat memberi kesan kepada saya.”

“Kita perlu menunjukkan kepada anak-anak ini sesuatu yang lain dari keganasan.”

“Jika tidak, satu hari nanti mereka akan terlibat sama dengan kelakuan ganas itu.”

Semulajadi sebagai pendiam

Ketika berusia 14 tahun, Firmino telah diiktiraf sebagai pemain terbaik di sekolahnya. Dia telah ditandatangani sebagai pemain remaja pasukan Clube de Regatas Brasil (CRB).

Ari Santiago tidak dapat menggunakannya dalam perlawanan kompetitif mewakili pasukannya namun dia dibenarkan melatih dan menggunakan Firmino dalam perlawanan persahabatan.

“Dia seorang yang sangat pendiam, sangat tenang tetapi sering bertanya tentang bola.” Kata Santiago

Ketika di sekolah, bola hanya diberikan kepada murid-murid dalam masa-masa tertentu. Firmino selalu datang kepada Santiago.

“Saya masih ingat bola hanya diberikan kepada anak-anak pada masa-masa tertentu.”

“Tetapi dia akan datang, tersenyum dan membuat tanda bola dengan tangannya.

“Kadang-kadang saya memberikannya, kadang-kadang tidak. Agak susah untuk berkata tidak apabila melihat senyuman itu.”

Pada satu tahun ketika Firmino menghadiri percubaannya di CRB, ibunya mengiringinya.

Mariana tertarik dengan kata-kata jirannya. Kemahiran bola sepak yang ada pada Firmino boleh menjadi tiket keluarganya keluar dari kawasan Trapiche yang ganas dan miskin.

Jurulatih remaja CRB, Guilherme Farias hanya mengambil masa beberapa minit untuk memutuskan anak Mariana terpilih dan akan mendapat kontrak.

“Apa yang menarik perhatian saya adalah kualiti permainannya,” kata Farias

“Firmino tenang, tetapi cara dia menendang bola itu luar biasa.”

“Saya membawanya ke padang dan dalam tiga perlawanan, saya menyuruh dia berhenti dan berkata: ‘Dapatkan kertas perjanjian anda. Anda akan bermain bersama kami.'”

Fasa ke-2 pengembaraan Firmino

Kekurangan wang adalah perkara yang mendesak. Dengan bantuan Farias dan doktor gigi Marcellus Portella, Roberto Firmino mengembara ke timur laut Brazil selama 2 tahun.

Firmino bermain dalam kejohanan remaja sebagai deep lying midfielder. Firmino berada dalam satu pasukan sama dengan Willian Jose, seorang penyerang masa depan Real Sociedad.

Pada satu ketika, Firmino memulakan perjalanan sepanjang 120 jam dengan bas ke Sao Paulo bagi mengharungi kejohanan remaja kebangsaan.

Kakinya bengkak, tetapi semangatnya tidak pernah berkurang.

“Saya telah melatih ramai budak berbakat,” kata Farias,

“Tetapi tidak ada yang menunjukkan dedikasi yang sama seperti Firmino.”

Portella, yang kemudiannya menjadi penasihat dan ejen Firmino, menambah:

“Roberto selalu positif dan komited.”

“Saya tidak pernah melihat seorang pemain lain seperti dia.”

“Saya berkata suatu hari anda akan melihat lelaki ini dalam pasukan Brazil.”

“Semua orang mengatakan doktor ini gila.”

“Namun hari ini dia ada, saya menutup mulut banyak orang. ”

Percubaan di Sao Paulo dan Figueirense

Tidak lama selepas hari jadi ke-16 Firmino, Portella memanggil jurulatih remaja CRB, Toninho Almeida berhubung dengan Luciano ‘Bilu’ Lopes.

Lopes merupakan pemain tengah dari Alagoas yang menamatkan kariernya di selatan Brazil.

Almeida menghantar klip Video dan Lopes tertarik dengan dinamik permainan yang ditampilkan Firmino walaupun bermain di padang yang teruk di Maceio.

Lopes membantu mendapatkan satu sesi percubaan di Sao Paulo dan satu lagi di Figueirense.

Selama 2 minggu di Sao Paulo, Firmino tidak mendapat apa-apa tawaran. Dia meninggalkan kekecewaan dan pergi Figueirense.

Keraguan muncul di kalangan jurulatih Figueirense kerana sikap pendiam Firmino, tapi kali ini dia membiarkan kakinya memberitahu siapakah dia.

“Firmino tiba di sesi ujian pada pertengahan tahun 2008,” kata Hemerson Maria, jurulatih Figueirense bawah 17 tahun.

“Secara amnya percubaan berlangsung paling lama satu bulan, tetapi bergantung pada pemain itu sama ada mendapat kurang dari 2 minggu atau sebagainya.”

“Percubaan Firmino hanya berlangsung selama 30 minit – dia luar biasa, dia tidak melakukan apa-apa kesalahan.

“Menunjukkan kualiti teknikalnya yang luar biasa, dan menjaringkan 2 gol melalui sepakan gunting.”

“Selepas itu, semua orang bercakap mengenainya dan saya sedar kami mempunyai pemain yang sangat istimewa tangan kita.”

Maria segera mengubah posisi Firmino, dengan meletakkannya lebih dekat dengan unit serangan.

Menurut Lopes, sikap pendiam Firmino kadang-kadang agak teruk.

“Tidak lama selepas saya membawa Firmino ke Figueirense, saya mendapat panggilan dari pihak sana dan bertanya apakah budak ini bisu.”

Saya memanggilnya dan berkata : ‘Firmino, anda perlu bercakap, meminta bola, bercakap dengan kakitangan.’

“Dia tidak mengatakan apa-apa, dia hanya ketawa. ”

Langkah ke eropah

Ketika Firmino dijemput oleh pasukan Marseille untuk melakukan ujian percubaan, pemain ini masih belum tampil bersama skuad utama Figueirensa.

Dia gagal mendapat apa-apa di sana kerana masalah teknikal dalam perjalanannya.

Firmino pulang ke Brazil dan Maria kembali memulihkan semangat pemain 17 tahunnya itu dengan mengingatkan Cafu juga mengalami kekecewaan di awal kariernya sebelum mengetuai Brazil menjulang Piala Dunia.

Sebulan selepas itu Firmino sekali lagi ke Marseille, kali ini dengan perancangan yang lebih rapi. Namun Marseille akhirnya tidak mahu membayar yuran pelepasan berjumlah € 1 juta kepada Figueirense.

Pada 2018 akhirnya Jean-Philippe Durand mengakui kesilapannya tidak mendapatkan Firmino.

Tiga minggu selepas ulang tahun ke-18 Firmino, dia membuat kemunculan pertama dalam kerjaya profesionalnya di Figueirense dengan memakai jersi nombor 16.

Tiga belas bulan kemudian, dia dianugerahkan Serie B: Most Promosing Player dan membantu Figueirense meraih promosi ke liga utama.

Menjelang akhir Disember 2010, walaupun menarik minat dari peninjau bakat Arsenal dan PSV Eindhoven, dia menandatangani kontrak bersama Hoffenheim dengan nilai € 4 juta (£ 3.4 juta).

Menyesuaikan diri di tempat baru merupakan satu cabaran besar tetapi seperti apa yang sering dikatakan oleh jurulatihnya, dedikasi Firmino merupakan perbezaan dengan pemain lain.

Selepas beberapa tahun menyesuaian diri akhirnya Firmino dipilih menjadi pemain terbaik Bundesliga.

Pada 2015, Liverpool mengalahkan pesaingnya iaitu Manchester Utd dan Manchester City untuk menandatangani Firmino dengan harga £ 29 juta.

Ketika itu Firmino sudah menjadi pemain utama dalam skuad Brazil.

12 bulan lepas Firmino telah menjuarai Liga Juara Eropah, Copa America dan bersedia untuk mengangkat trofi kejuaraan Liga Perdana Inggeris.

Pada bulan Ogos, dia menjadi pemain Brazil pertama yang menjaringkan 50 gol di Inggeris dan Disember merupakan bulan menyaksikannya menjaringkan gol tunggal dalam perebutan Piala Kelan Dunia FIFA.

Kembali ke Trapiche, Alagoas

Firmino tidak pernah melupakan dimana dia bermula. Pada 2018, sejurus selepas menjadi pemain ke-3 dari Alagoas yang bermain di Piala Dunia, dia kembali ke sekolahnya di Trapiche dengan membawa 500 hamper makanan untuk penduduk setempat.

Firmino menderma £ 60,000 untuk membayar bil perubatan dan memberi sumbangan wang secara bulanan kepada hospital di Catarina.

Walau bagaimanapun masih terdapat perasaan Firmino tidak dihargai sepenuhnya di tanah airnya.

Mungkin, kata kawan dan bekas jurulatihnya, kerana dia tidak pernah bermain untuk salah satu pasukan besar dan tradisional di Sao Paulo atau Rio de Janeiro.

Di Muzium Sukan di Estadio Rei Pele, terdapat patung gangsa wira Alagoan Mario Zagallo dan Dida. Alagoan ke-3 adalah Firmino yang masih belum diletakkan di sana.

Firmino tetap menjadi wira Alagoan yang rendah hati dan tidak dikenali.