Pengerusi EFL Dedahhkan Liga Inggeris (Div Kedua Ke Bawah) Bakal Bersambung Dalam Stadium Kosong

Kesemua aksi Liga Inggeris divsyen bawahan termasuk Championship, League One dan League Two bakal dilangsungkan di stadium kosong.

Perkara itu dinyatakan sendiri oleh Pengerusi EFL – dalam surat beliau kepada para penyokong. Ini berikutan darurat kesihatan yang melanda UK yang kini sedang di-lockdown.

Perintah lockdown di UK akan berlanjutan sekurang-kurangnya sehingga 7 Mei.

Parry mengesahkan bahawa liga akan bersambung. Namun para peyokong tidak akan dibenarkan hadir ke stadium. Ini bermakna pemilik pas bermusim akan berhadapan dengan kerugian. Nak buat macamana kan?

Liga Inggeris akan cuba memastikan bahawa perlawanan itu akan dapat diakses seramai yang mungkin di kaca tv.

Misalnya liga EFL yang sebelum ini sukar untuk diikuti di tv. Ianya bakal ditayangkan secara strim langsung. EFL sedang bekerjasama dengan rakan media mereka iFollow.

Independent menyatakan, dalam kandungan surat tersebut, kesemua kelab EFL akan kembali berlatih pada 16 May. Jika keadaan semakin tenang. Dan jika sebaliknya, tarikh itu bakal diubah.

Oleh itu setiap kelab diingatkan bahawa mereka perlu sentiasa bersedia dengan notis semasa yang mengejut dan jangka pendek.

Parry memberitahu penyokong: “Dalam situasi semasa ini, tidak pasti sama ada kamu dapat menghadiri perlawanan di dalam stadium.”

“Kami sentiasa mengalu-alukan kedatangan para penyokong ke stadium setelah kesemuanya kembali selamat kelak.”

Parry menghargai sumbangan para penyokong yang membantu mewujudkan atmosfera pada hari perlawanan.

Namun beliau menegaskan buat masa ini, setiap pihak tidak boleh ambil mudah tentang banyak perkara.

Parry juga menegaskan bahawa, EFL masih komited untuk memastikan musim ini ditamatkan.

Rick Parry juga menyatakan mereka sedang berbincang untuk memansuhkan peraturan Blackout Sabtu buat sementara.

Ia adalah satu peraturan melarang sebarang penyiaran siaran langsung perlawanan bola sepak yang berlangsung pada 3.30 petang pada Sabtu. Sebagai langkah mahukan peminat datang ke stadium.

Pemansuhan sementara itu membolehkan mereka menayangkan kesemua perlawanan menerusi live streaming.

Dari venue, ianya mungkin akan dihadkan. Ada cadangan menyatakan mungkin akan ada perlawanan yang berlangsung dari stadium yang sama, pada hari yang sama.

Ini untuk mengelakkan beberapa tempat yang masih ada jangkitan pandemik yang tinggi.