Pengerusi Kumpulan Samsung – Lee Kun-hee meninggal dunia hari ini.
Konglomerat yang berjaya menjadikan Samsung menjadi salah satu empayar perniagaan paling berjaya di dunia telah meninggal dunia pada usia 78 tahun.
Techcrunch melaporkan Lee Kun-hee meninggal dunia akibat serangan jantung.
Bloomberg menyatakan, Lee Kun-hee meninggalkan kekayaan sekitar $20 billion. Dengan kekayaan ini, mendiang merupakan orang terkaya di Korea Selatan. Lee meninggalkan seorang balu dan empat anaknya.
Lee Kun-hee merupakan anak pengasas Samsung, Lee Byung-chul yang telah memimpin syarikat itu sejak tahun 1980-an.
Pada masa itu, Korea Selatan mengalami peralihan pemerintahan dari diktator ke demokrasi.
Di bawah kepemimpinan Lee Kun-hee, Samsung mula mengukuhkan inisiatif dalam pelbagai bidang elektronik.
Bermula dari semikonduktor, cip memori, skrin, dan komponen lain yang kini menjadi tulang belakang perkhidmatan digital.
Lee juga membantu Samsung bertahan dari krisis ekonomi di Asia pada tahun 1998. Pada masa itu, Korea Selatan dan sejumlah negara lain di Asia hampir runtuh akibat krisis tersebut.
Samsung Chairman Lee Kun Hee Has Just Died — Here's Why It May Be Devastating To South Korea's Economyhttps://t.co/oAFn0omFIB
— Koreaboo (@Koreaboo) October 25, 2020
Setelah terselamat dari krisis, Lee memutuskan untuk memasuki perniagaan paling berjaya untuk Samsung, iaitu dalam industri telefon pintar melalui jenama Galaxy.
Kini, Samsung adalah salah satu vendor telefon pintar paling berjaya di dunia.
Samsung bahkan telah menjadi salah satu syarikat paling berharga di dunia dengan niali $350 billion.
Lee Kun-hee pernah dihukum kerana mengelak cukai pada akhir lewat 2000-an. Tetapi dia dimaafkan oleh presiden (ketika itu) Lee Myung-bak.
Juga di bawah kepemimpinannya, Samsung pernah diserang oleh beberapa kumpulan, termasuk Elliott Management, kerana Lee dilihat berusaha untuk melindungi Samsung untuk anaknya Lee Jae-yong.
Lee Jae-yong sendiri telah mengambil alih kepemimpinan Samsung sejak Lee Kun-hee mengalami serangan jantung pada tahun 2014.
Sementara itu, anak lelakinya itu dalam masalah undang-undang kerana didapati bersalah melakukan rasuah. Kesannya Lee Jae Yong kemudian dijatuhkan hukuman penjara lima tahun, dan akhirnya hukuman itu ditangguhkan oleh hakim.
Pemergian Lee Kun-hee memang menjadi satu kehilangan besar kepada Korea Selatan. Di bawah pimpinannya, Samsung biasanya menyumbang 20% daripada keseluruhan eksport negara Korea Selatan.
Samsung lebih daripada sekadar jenama, tetapi menjadi kebanggaan Korea Selatan.
Oleh sebab itu John Yoo menyatakan, Korea Selatan seharusnya menganggap Lee Kun Hee masih hidup kerana semangat dak kepintarannya dalam memacu ekonomi Korea Selatan.
Chairman of Samsung is probably dead but we are all pretending he is alive because if he dies, the country will probably go into an economic death-spiral.
A thread. pic.twitter.com/KCZKczOQ3t
— John Yoo (@oniontaker) January 7, 2020