Penghawa Dingin Volkswagen Terbaru Akan Keluarkan Udara Hangat Jika Anda Sebut “I’m Cold”

Minggu ini Volkswagen telah mengumumkan sistem penghawa dingin Air Care Climatronic yang baru dengan menu Smart Climate pada kereta mereka.

Air Care Climatronic sebenarnya sudah lama terdapat pada kereta Volkswagen. Cuma kali ini mereka menaik taraf ia supaya lebih interaktif.

Kini dengan Smart Climate, sistem ini boleh bertindak balas kepada suara korang yang menyebut perkataan seperti “I’m cold” atau “warm hands.”

Ye, ia macam korang berinteraksi dengan Siri, Google Assistant, ataupun Alexa.

Sistem canggih ini diintegrasikan di dalam kereta Golf keluaran yang terbaru.

Volkswagen telah membangunjan satu sistem responsif kepada dua situasi, sama ada anda sedang kesejukan ataupun anda sedang rasa agak panas.

Smart Climate ini akan dapat mengaktifkan tetapan suhu yang telah dikonfigurasi sebagai tindak balas kepada kenyataan seperti: “warm feet,” “clear view,” ataupun “I’m cold.”

Tetapan ini juga boleh disetkan pada touchslider yang terdapat pada konsol tengah.

Lima senario terpilih yang telah dikenalpasti oleh syarikat yang sering berlaku dan oleh itu telah dimasukkan secara automatik dalam menu Smart Climate; “Clear view” untuk membuatkan tingkap kereta jelas, “Warm feet” untuk memastikan udara hangat dilepaskan ke bahagian kaki penumpang.

Arahan “Warm hands” untuk menerima udara hangat daripada dashboard. “Cool feet” untuk menerima udara sejuk di kaki, serta “Fresh air” untuk menerima udara masuk daripada luar menerusi sistem pengudaraan.

Jadi, pemilik kereta selepas ini boleh menetapkan konfigurasi khas untuk situasi di atas. Apabila mereka menyebut, “Saya sejuk”, maka menu seperti Warm Feet dan Warm Hands akan dipilih.

Baca yang lain