Penghormatan Terakhir Dari Jurgen Klopp Kepada Gerard Houllier

Pengurus Liverpool, Jurgen Klopp mewakili kelab untuk memberikan penghormatan terakhir kepada Gerard Houllier selepas bekas pengurus the reds itu meninggal dunia semalam.

Gerard Houllier yang sudah berusia 73 tahun itu sebelum ini pernah mengurus Liverpool bermula dari tahun 1998 hinggalah 2004.

Beliau cukup terkenal sebagai pengurus yang membantu Liverpool dalam mencapai kejayaan treble yang pertama mereka pada tahun 2001.

Mendiang Gerard Houllier berjaya membawa the reds muncul sebagai Juara Piala FA, League Cup dan Piala UEFA dalam musim yang sama pada ketika itu.

“Ia merupakan hari yang sangat, sangat, sangat sedih.”

Jelas Klopp kepada Liverpoolfc.com.

“Saya tidak begitu mengenali Gerard, saya pernah bertemu dia beberapa kali, tetapi dari setiap detik itu, dia membina satu hubungan dengan saya dan ianya sangat istimewa.”

“Dia adalah legenda Liverpool yang sebenarnya dan dia juga legenda dalam dunia kejurulatihan. Pengurus yang hebat, dan dia juga seorang manusia yang akan selalu memberi ketenangan ketika kamu berada disampingnya. Untuk kami semua, pemergian beliau merupakan kehilangan yang besar dan hari ini sememangnya hari yang sangat sedih.”

Houllier telah mengurus lebih dari 300 perlawanan ketika beliau menjadi pengurus Liverpool, dan berjaya membawa pulang beberapa Piala untuk skuad the reds itu.

Kerja keras beliau dalam dan luar padang banyak membantu Liverpool untuk menjadi salah satu pasukan terbesar di benua Eropah.

Houllier merupakan pengaruh terbesar dalam pembanggunan semula di Melwood pada tahun 2001 dengan kemudahan latihan kelab berubah kepada lebih bagus dan canggih.

“Dia sangat berpengaruh dalam pembinaan semula Melwood.”

Jelas Klopp.

“Melwood pada masa itu merupakan satu tempat yang cukup modern dan ianya kerana dia. Dia sememangnya pengurus yang sangat modern, dia bermain cara yang lebih spesifik dalam bola sepak.”

“Dia berpengaruh dalam semua segi, seorang yang tepat dan pengurus yang sempurna dan sentuhan beliau dalam membuat keputusan untuk kelab sangat bagus dengan jalan yang betul, dan kamu tidak akan jumpa pengurus seperti itu selalu.”

“Ketika kamu jumpa pengurus di luar sana, kita akan selalu ada perkara untuk diperkatakan, tetapi tidak dari antara kami, ianya biasa, itu yang membina perhubungan di sini. Tapi dengan dia, ianya terjadi ketika di detik pertama lagi. Itu saja.”

Pengiktirafan kejayaan Houllier menghiasi dinding di Pusat Latihan AXA yang baru di Kirkby.

Ketika ditanya adakah ianya legasi yang peminat Liverpool akan ingat tentang Houllier, Klopp menjawa:

“Sudah tentu, mereka akan ingat kejayaan itu, tapi saya harap mereka akan ingat dia juga sebagai individu yang telah memberi segalanya untuk kelab dan mengubah nasib kelab ketika waktu kesukaran.”

“Saya tidak pasti, saya tidak berada di sini, tapi dia bawa kelab ini kembali ke landasan sebenar sendiri. Dia mulakan dengan situasi yang mungkin aneh menjadi salah satu dari dua pengurus ketika itu, tapi dia berjaya menghasilkan yang terbaik. Itulah karakter dia, jelas sekali. Dan kemudian dia terus menjadi sangat, sangat berpengaruh.”

“Saya fikir, sekiranya kamu mahu mengingati dia, kamu perlu ingat macam-macam perkara, dan itu mungkin perkara terbaik yang akan kamu katakan tentang seseorang.”

Selain menyumbang ketika era pengurusannya, Gerard turut membina skuad Liverpool untuk terus berjaya dalam tempoh beberapa tahun selepas itu.

Ketika ketibaan Klopp ke Anfield pada tahun 2015, salah satu dari mesej pertama yang beliau terima pada ketika itu adalah ucapan tahniah dari Houllier.

Komunikasi antara Klopp dengan Houllier juga terus kekal baik dan mereka saling berhubung untuk tempoh waktu beberapa tahun selepas itu.

“Saya jumpa dia sebelum saya datang ke Liverpool dan saya sedikit mengenali dia sebelum itu.”

Jelas Klopp.

“Ketika saya tiba di sini, salah satu dari mesej pertama yang saya terima dan saya sendiri tidak tahu kalau dia ada nombor saya, adalah dari Gerard Houllier.”

“Saya tahu dia ada kelab lain, dia bekerja untuk kelab lain, dia berjaya bersama kelab lain. Tapi cara dia tunjukkan tu, Liverpool adalah kelabnya, kelab sebenar dia yang mana dia rasa lebih terhubung berbanding kelab lain.”

“Dia seorang yang sangat supportive sejak dari hari pertama saya tiba sehingga sekarang, selalu mesej saya sebaik tamat perlawanan besar, kekalahan besar, kemenangan besar dan segala berkait hal perlawanan.”

“Selain itu, Gerard selalu beritahu saya ‘ianya sangat betul…ianya salah..saya tahu situasi itu..’ dan semua mesej seperti itu.”

“Dia seorang yang sangat, sangat, sangat baik dan mesra. Saya sudah mula rindukan dia. Mungkin salah satu perkara yang boleh dikatakan pada ketika ini adalah, dia tidak akan pernah dilupakan.”

Baca yang lain