Pengulas NBC & BBC Dikecam Bodoh Kerana Keliru Panggil Atlet Non Binary Dengan ‘She’ Atau ‘He’

Jika sebelum ini ada atlet trans pertama dari jantan bertanding acara wanita. Itu menjadi kontroversi dan dianggap gila.

Itu mungkin tak cukup gila berbanding kisah pengulas sukan BBC dan NBC Sports yang diminta menyatakan permohonan maaf kerana seringkali tersilap merujuk Alana Smith sebagai wanita atau lelaki.

Alana Smith menjadi atleh non binary ataupun tidak tertakluk kepada mana mana gender pertama bertanding di Olimpik.

Smith yang berusia 20 tahun mewakili AS dalam acara skateboarding wanita pada minggu lalu.

Pengulas merujuk Alana dengan she atau he. She merujuk kepada panggilan wanita. Manakala he adalah lelaki. Mereka cuba menggunakan he kerana menganggap Alana bertukar dari wanita kepada lelaki. Dan pada masa yang sama menggunakan she untuk merujuk kepada dia bertanding dalam acara wanita.

Ramai pejuang kempen pelangi membidas pengulas yang menurut mereka sangat blur dan dituduh lembab kerana tidak mengkaji sebaiknya bagaimana seseorang non binari itu dipanggil.

Menurut pejuang pejuang ini, orang non binari biasanya ada meletakkan pin pada baju atau mana mana kelengkapan badan mereka seperti beg untuk merujuk kepada panggilan apa yang mereka mahu dipanggil.

Dalam kes Alana Smith, dia menulis kata ganti nama they atau atau them pada papan selajunya. Namun pengulas ternyata tidak faham bahawa itulah tempat untuk menentukan panggilan kata nama mereka.

Pengulas sukan Todd Harris dan Paul Zitzer dari NBC Sports dan Marc Churchill dan Ed Leigh untuk BBC terus menyalahgunakan kata ganti nama untuk atlet sepanjang komen mereka.

Sebagai tindak balas terhadap kekurangan penyelidikan iru, Britni de la Cretaz, seorang wartawan trans yang berpangkalan di AS, membuat komen yang pedas mengenai pengulas menerusi Twitternya:

“Ini adalah penyelewengan [malpractice] dalam kewartawanan. Tidak seharusnya ada lagi yang keliru dalam hal hal seperti ini apabila sudah berada di pentas antarabangsa seperti ini.”

“Sukan jelas tidak tahu apa yang harus dilakukan terhadap atlet bukan binari.”

“Sorakan kepada Alana Smith, atlet non binari secara terbuka yang pertama yang mewakili A.S. dalam Sukan Olimpik.”

Ramai juga yang lain turut menghentam dan memberikan komen panas kepada pengulas dan penyiar ketika siaran langsung itu. Mereka mendesak pihak penyiar melakukan kajian dan memahami stiuasi Alana dan mula menggunakan kata ganti yang betul.

Sayangnya, nampaknya mesej ini tidak sampai kepada pengulas yang terus menggunakan kata ganti yang tidak betul.

Pengulas BBC Tim Warwood kemudian memberikan komen beliau tentang perkara itu dengan menyatakan:

“Bukan saya yang mengulas. Saya pasti budak-budak tu nanti tentu akan meminta maaf kepada Alana. Saya tidak pernah melihat sesuatu itu berdasarkan jantina dan saya yakin 100% mereka juga tidak melihatnya begitu. Itu adalah satu kesilapan [tak disengajakan].”

Walaupun ramai yang memahami bahawa ini adalah kesalahan tak disenjagajakan, namun tetap juga pendokong Alana mengecam dan mengutuk pengulas dengan merendah rendahkan tahap intelektual mereka. Ada yang meminta BBC dan NBC mengupah wartawan lebih bijak di set bukannya yang tangkap muat.

BBC masih belum memberikan komen mengenai keadaan itu, tetapi lama Out melaporkan bahawa NBC mengeluarkan kenyataan permintaan maaf:

“NBC Sports komited untuk – dan memahami kepentingan – menggunakan kata ganti nama yang betul untuk semua orang di platform kami.”

“Walaupun pengulas kami menggunakan kata ganti yang betul dalam liputan kami, namun turut menyiarkan penstriman di peringkat antarabangsa yang tidak dihasilkan oleh NBCUniversal yang tersilap panggilan untuk Olympian Alana Smith.”

“Kami menyesali kesalahan ini dan meminta maaf kepada Alana dan penonton kami.”

Di sebalik kejadian itu, Stonewall, badan amal L G B T+ terbesar di Eropah, meminta ‘pembetulan segera’ daripada penyiar. Badan pelangi itu menambah, “Semua atlet wajar dihormati dan diraikan sebagai sebahagian daripada permainan.”

Smith sebelum ini mengatakan kepada USA Skateboarding, “Saya tidak mahu dikenali sebagai pemain skateboard wanita yang bagus. Saya hanya mahu dikenali sebagai pemain skateboard yang baik [tanpa sebarang jantina], seseorang yang mampu membuat perbezaan. Jantina tidak penting.”

Smith tidak layak ke pusingan perebutan pingat, tetapi banyak yang dapat dipamerkannya dalam final.

Baca yang lain

Bernardo Silva Singkir Chelsea

Chelsea disingkirkan oleh Manchester City daripada separuh akhir Piala FA 2023/24. Jaringan tunggal oleh Bernardo Silva minit ke-84, membuatkan Chelsea gigit jari