Kapten Poland, Maciej Iwanski menafikan dia memilih Rodri atas dasar warna kulit. Sebaliknya dia memilih pemain itu berbanding Vinicius Jr kerana keterampilan [class] dan fair play.
Berbeza dengan Vinicius Jr yang dianggap kadangkala suka memprovokasi lawannya. Misalnya insiden dia dengan Joshua Kimmich.
Atentos a esto de Vinicius:
– jalea a la grada en los minutos finales
– le hace la vida imposible a Kimmich todo el partido
– pierde tiempo con clase en el momento necesario para que el equipo ganeDirector de orquesta y próximo balón de oro. 🐐
pic.twitter.com/4D8hLdIQXU— ᴍᴀɴᴜ. (@ESnomanu) May 9, 2024
Baru baru ini kem Vinicius Jr menyatakan kekecewaan mereka kerana menurut mereka pemain itu gagal menang Ballon d’Or kerana dia lantang menentang perkauman di Eropah terutama sekali di Sepanyol.
Peminat Vinicius menganggap Ballon d’Or pemain itu telah dirompak dengan nyata. Kerana dia adalah pemenang yang jelas dengan kejayaan membantu Real Madrid menjulang La Liga dan juga Liga Juara Juara Eropah.
Komen kem Vinicius yang mengaitkan kekalahannya dengan isu perkauman, membuatkan ramai yang kecewa dengan tuduhan Vinicius itu. Mereka ada alasan lain selain isu perkauman untuk mengundi Rodri berbanding dengan Vini Jr.
Iwanski menegaskan: “Saya undi Rodry kerana class dan fair play. Dia tak ada media sosial, seorang graduan kolej, dan sangat merendah diri. Anda akan sangat menghargai Rodri jika anda menyaksikan dia beraksi 90 minit. Dalam era hari in, orang muda hanya melihat highlight permainan yang menarik daripada Vinicius, dan pastinya dia menunjukkan aksi luar biasa.”
Seterusnya wakil Bulgaria, Rumen Paitashev pula menegaskan bahawa: “Pilihan utama saya Rodri. Sebab dia konsisten cemerlang bersama kelab dan negara sepanjang musim lalu. Tiada keraguan tentang dia adalah nombor 1.”
Seorang lagi wakil dari Chle, Danilo Diaz berkata: “Saya tak undi Vinicius dan Jude Bellingham dalam senarai 3 teratas saya. Sebab mereka tidak bagus untuk negara di pertandingan antarabangsa. Vinicius hilang bola 17 kali melawan Costa Rica.”
🗣 Danilo Díaz, Chile journalist who voted for the Ballon D'Or: "I left Vinicius and Bellingham out because they had very bad international tournaments. Vinicius lost 17 balls against Costa Rica." @elchiringuitotv pic.twitter.com/EJF4b0B09n
— Madrid Xtra (@MadridXtra) October 29, 2024