Pengurus AEL Athens Sedih Wartawan Inggeris Tak Hormati Kelab Mereka

Wartawan Inggeris seringkali dikaitkan dengan reputasi buruk oleh pasukan luar negara. Ini kerana mereka seringkali memandang rendah kemampuan pasukan negara lain.

Sebelum aksi antara Brighton dan AEK Athens, jurulatih kelab Greece itu terkejut dan sedih melihat respon daripada wartawan Inggeris.

Di mana ketika dia berkata pasukannya akan cuba untuk menang menentang kelab England itu, ada beberapa wartawan Inggeris dikatakan ketawa kecil memperlekehkan kenyataan itu.

Athens antara kelab yang paling bersejarah di Eropah. Dan sudah memiliki banyak trofi berbanding dengan Brighton. Namun jelas sekali wartawan England tidak menghormati mereka.

Itu membuatkan pengurus AEK, Matias Almeyda terasa seperti dihina di hadapan ramai.

Dalam aksi pembukaan UEL semalam, AEK Athens benar benar berjaya memenangi perlawanan 3-2 di Amex Stadium. Mujur Brighton mendapat 2 penalti yang menghasilkan 2 gol mereka.

Mereka menjadi pasukan Inggeris pertama kalah pada aksi debut eropah.

Almeyda berkata: “Ada dua orang wartawan Inggeris di sini semalam, ketika saya menyatakan saya kami bertandang ke sini untuk memenangi perlawanan, salah seorang daripada mereka tergelak.”

“Mana dia? Dia nampak tak ada pula hari ini. Kami tidak mahu dipandang rendah sebegitu rupa. Ya, Brighton bermain bola sepak hebat namun kami kental berdiri teguh.”

Ramai peminat bola sepak di England sendiri percaya dengan apa yang dikatakan pengurus itu. Kerana mereka merasakan media Inggeris memang selalu biadap dan melebih lebih memuji pasukan mereka.

Ianya secara tak langsung memberikan tekanan kepada pasukan Inggeris itu sendiri dan memberikan keyakinan kepada lawan mereka untuk membuat kejutan.

Di media sosial peminat tidak melepaskan peluang mengejek media Inggeris.

Salah seorang berkata: “Saya dengar ada orang cakap Brighton boleh menang lawan Bayern?”

Seorang lagi berkata:”Biar saya ingatkan media Inggeris, AEK Athens sudah wujud hampir 100 tahun dan merupakan salah satu kelab paling berjaya di Greece. Mereka ada 13 kejuaraan liga, 16 pertandingan piala, 1 piala liga dan 3 Piala Super. Kelab ini beberapa kali muncul dalam UCL da UEL. Brighton tak pernah memenangi sebarang piala liga utama [EPL / Liga Kejuaraan] dan tidak pernah memenangi mana mana trofi domestik.”

Sebenarnya Brighton hanya pernah menang 4 piala liga bawahan divisyen 3 dan 4.