Pengurus Ajax, Alfred Schreuder percaya bahawa Ajax telah menjadi pemenang dalam perpindahan Antony berbanding Manchester United.
Beliau berkata, Ajax berjaya mengambil kesempatan ke atas kelab seperti Manchester United. Kerana United menjadi antara beberapa kelab yang sanggup membayar pemain seperti Antony pada harga 100 juta euro.
Sambil menyatakan bahawa pemain itu bukannya bernilai 100 juta sekalipun
Schreuder berkata: “Sudah pastinya Antony bukan bernilai 100 juta euro pun.”
“Apa yang kelab kelab ini sanggup bayar untuk membeli pemain pemain ini adalah gila. Barcelona sanggup membayar 115 juta euro untuk Ousmane Dembele. Manchester United membayar lebih 100 juta euro untuk Jadon Sancho.”
“Jadi mereka sanggup membayar angka yang sama [100 juta euro] untuk Antony.”
“Adakah pemain pemain ini bernilai 100 juta euro? Tak! Tetapi mereka sanggup bayar,” kata pengurus Ajax kepada Ziggo Sport.
Antony akan memuktamadkan perjanjian kontrak sehingga 2027 dengan opsyen lanjutan semusim lagi dengan Manchester United beberapa hari lalu.
Menjadikannya perpindahan termahal Eredivisie.
Antony to Manchester United, here we go! Agreement in principle with Ajax, €100m fee. Contract until June 2027 with option until 2028. To be signed tomorrow. 🚨🔴🇧🇷 #MUFC
Contracts being prepared, it’s Eredivisie historical record fee — Antony will be in Manchester next week. pic.twitter.com/Wr9mUiX1Ud
— Fabrizio Romano (@FabrizioRomano) August 28, 2022
Antony merupakan pemain yang diletakkan sebagai senarai bukan untuk dijual oleh Ajax pada awalnya. Lebih lebih lagi pemain itu menyatakan bahawa dia sedia untuk kekal di Ajax sebelum ini demi UCL.
Namun Man United tiba tiba menguatkan pemburuan ke atas pemain itu, menjadikannya sebagai senarai keutamaan.
Ianya telah mengubah pendirian Antony. Yang diketahui, menjadi pemain luar biasa selepas dilatih oleh Erik Ten Hag.
🚨 – Antony has been sold, as per @Hamstelaar.
— 𝐀𝐅𝐂 𝐀𝐉𝐀𝐗 💎 (@TheEuropeanLad) August 28, 2022
Berlaku drama yang agak tegang dalam perpindahan Antony. Dengan Ajax terpaksa mengambil tindakan ke atas pemain itu kerana mogok mendesak perpindahan tersebut.
Manchester United sebelum ini melancarkan 3 bidaan ke atas Antony dengan angka mencecah €90 juta. Namun kesemuanya ditolak oleh Ajax.
Pengurus Ajax, Schreuder ketika itu turut menyatakan dia mahu Antony kekal sambil mengingatkan bahawa, hanya orang gila sahaja yang sanggup menukar bola sepak UCL dengan UEL.
Namun Schreuder harus akui bahawa nama Manchester United itu sangat gah untuk menarik mana mana pemain Ajax menyertai mereka.
Antony pada awalnya bukan senarai keutamaan Ten Hag. Namun kegagalan mendapatkan penyerang no.9 membuatkan Ten Hag terdesak mahukan pemain itu. Dan beliau sedia bergantung kepada Marcus Rashford sebagai back up untuk Cristiano Ronaldo dan Antony Martial untuk posisi no.9.
Antony pemain sayap kanan. Dia pastinya pemain yang sangat faham kehendak taktikal Ten Hag. Selain daripada faktor gagal mendapatkan no.9, kegagalan mendapatkan De Jong juga menjadi sebab Ten Hag semakin tinggi keinginan mahukan Antony, kerana pemain itu kunci kepada sistem taktikalnya di Ajax.
Antony sebelum ini sudah mendesak kelab menjualnya. Dan menyatakan bahawa, dia kecewa dengan cara Ajax mengendalikan situasinya. Antony berkata begitu secara terbuka.
▫️ Antony, what did you tell the club so?
▪️ Excl. Antony: "During the window months, meetings continued and I also received a proposal from Ajax for contract renewal. I made it clear once again: I WANT TO LEAVE". pic.twitter.com/IgUBIBBhN6
— Fabrizio Romano (@FabrizioRomano) August 26, 2022
Jadi kini hasatnya sudah tercapai. Antony akhirnya diumumkan sebagai pemain Man United yang baharu.
Antony meninggalkan Ajax dengan rekod 24 gol daripada 82 penampilan untuk kelab tersebut.