Pengurus Bedford Terus Letak Jawatan Selepas Dengar Impian Tak Masuk Akal Pemilik Baharu

Sebuah kelab di England bermain untuk divisyen ke-10, iaitu Bedford telah diambil alih oleh seorang usahawan Bitcoin yang juga menjadi sifu kepada kelas Bitcoin menerusi podcast dan kursus khas.

Peter McCormack merupakan sifu Bitcoin yang berjaya mengambil alih kelab tersebut baru baru ini. Dan beliau sudah menunjukkan cita cita besarnya untuk kelab kerdil tersebut.

Dia juga berjanji bahawa dia akan memastikan kelab tersebut akan menjadi pusat pembangunan pemain untuk melahirkan bintang di masa hadapan.

Seperti biasa,  McCormack sudah mengadakan perbincangan dengan pengurus kelab tentang cita cita mereka. McCormack membentangkan cita cita dan sasaran mereka.

Lalu McCormack menyatakan bahawa, impian besar mereka adalah mahu pengurus itu membantu mereka naik ke EPL pada eranya. Itu adalah cita cita di atas semua cita cita yang lain.

McCormack juga berikrar bahawa beliau akan menggunakan kepakarannya untuk menarik pelabur bitcoin dari seluruh dunia yang berada dalam rangkaiannya (networking) untuk melabur dalam kelab mereka.

Beliau yakin akan berjaya menarik pelaburan berjuta juta pound sterling masuk ke dalam kelab selepas ini.

McCormack sudah merancang mahu membantu pengurus kelab untuk membeli beberapa pemain yang boleh membantu mereka mencapai cita cita tersebut.

Dan yakin kelab memiliki pengurus yang tepat untuk memacu cita cita kelab pada era baharu pemilikannya.

Jason Goldman terus surrender

Mendengarkan cita cita dianggap tidak masuk akal dan mengarut itu, maka pengurus pasukan, Jason Goldman dan pembantunya, Martin Wells terus kibar bendera putih dan meletak jawatan.

Ini kerana mereka merasakan bahawa impian itu sangat mustahil dan mereka bukanlah pengurus yang mampu untuk menggalas tugasan tersebut daripada divisyen ke-10.

Selain itu, ianya juga memerlukan kekuatan dana untuk membantu kelab naik sehingga ke EPL pada era mereka menjadi pengurus. Lalu Goldman merasakan beliau bukan orang yang tepat untuk menggalas tugas tersebut.

Untuk sampai ke EPL, mereka perlu membantu kelab memenangi 9 promosi. Bredford kini berada di tangga ke-7 dalam carta liga divisyen 10 Inggeris dan baru sahaja kalah 6-1 di tangan Sileby Rangers.

Dalam kenyataannya, Goldman berkata: “Walaupun pemilik baru memilki perancangan yang sangay mengujakan, namun saya dan pasukan kejurulatihan saya tidak mampu untuk terus kelan di sini.”

“Kami mendoakan kelab dan pemilik baharu kelab ini, Pete, selamat maju jaya di masa akan datang dalam usaha mereka mahu membawa Bredford naik ke Liga Perdana Ingegris.”

Dalam temuramah dengan BBC Radio minggu lalu, McCormack sudah sedia menukar nama kelab menjadi Real Bedford selepas tamat musim ini. Ianya sebagai tanda kepada penjenamaan kelab dan era baharu mereka.

Dengan logo kelab berbentuk tengkorak ala bendera lanun sedang dipertimbangkan untuk digunakan. Selain itu kelab juga sedang menyediakan pelayar untuk menayangkan siaran langsung pasukan mereka menerusi penstriman langsung.

Selain itu McCormack sudah teruja mahu membawa pelbagai lagi pembaharuan di kelab tersebut selepas ini. Beliau juga sedang giat menarik pelabur dari kalangan pelabur bitcoin dari seluruh dunia. Terutama sekali mereka yang pernah menghadiri kelas dan ceramahnya.

Bukan itu sahaja, kelab sudah mengumumkan keahlian dari seluruh dunia kepada mereka termasuk dari Temasek dan Indonesia sekali.

Kalau korang mahu menjadi peminat rasmi kelab bolehlah hantar permohonan keahlian untuk menikmati harga istimewa ketika membeli barangan rasmi kelab.

Kelab sedang giat memikirkan aktiviti lain untuk penyokong mereka dari seluruh dunia.

 

Baca yang lain