Jurulatih Benfica, Jorge Jesus, membuat pernyataan kontroversi mengenai pengendalian isu perkauman dalam bola sepak dunia pada hari ini.
Jorge Jesus jelas menongkah arus dalam memberikan pandangannya.
Dia merujuk kepada insiden yang berlaku dalam perlawanan Paris Saint-Germain menentang Istanbul Basaksehir – dalam perlawanan terakhir Kumpulan H – Liga Juara-Juara di Stadium Parc des Princes.
Perlawanan dihentikan pada minit ke-23 kerana kenyataan rasis oleh pengadil keempat dari Romania, Sebastian Coltescu.
Kejadian bermula pada minit ke-14 ketika ada pertengkaran antara penolong jurulatih Basaksehir, Pierre Webo, dan Coltescu.
Pengadil utama pergi ke arah Coltescu, dan Coltescu menujukkan ke arah Webo dengan merujuk kepada: “Ini, the black guy.”
Kenyataan itu dianggap telah menghina Webo setelah menggunakan sebutan “lelaki hitam”.
Webo bertindak balas dengan agresif dan akhirnya mendapat kad merah oleh pengadil utama, Ovidiu Hategan.
Webo berkali kali bertanya kepada pegawai keempat tersebut: “Kenapa kamu kata negr*?”
Racist remarks from the 4th official towards the assistant manager ends with both PSG and Istanbul walking off the pitch. Disgusting scenes. #KickItOut. pic.twitter.com/Inh9pbHgKt
— Eduardo Hagn (@EduardoHagn) December 8, 2020
Pemain dan staf Istanbul Basaksehir sangat marah dengan keadaan tersebut yang berlangsung di Parc des Princes.
So this is what happened in the PSG vs Istanbul game pic.twitter.com/WOEXG54ypj
— ً (@lfcvxnz) December 8, 2020
Demba Ba antara pemain yang sangat marah di tepi padang. Dia dengan jelas menyatakan pegawai keempat merujuk pemain berkulit hitam sebagai: ‘This black guy’.
Ba dengan jelas berkata: “Kamu tak pernah cakap ‘this white guy’, kamu kata ‘this guy’., Tetapi apabila kamu berkata… dengar apa apa saya kata… jadi kenapa apabila menyebut orang kulit hitam kamu harus berkata ‘this black guy’?”
Selepas Istanbul Basaksehir memutuskan untuk keluar padang dan meninggalkan perlawanan, para pemain PSG dan pegawa mereka turut keluar sekali.
PSG vs. Istanbul Basaksehir has been suspended as both teams walked off the field to protest alleged racial abuse by the fourth official toward Istanbul assistant manager Pierre Webo.
(via @UCLonCBSSports) pic.twitter.com/tVd4lqGnMI
— Bleacher Report (@BleacherReport) December 8, 2020
Perlawanan dihentikan pada kedudukan 0-0. Dan ditunda ke hari berikutnya di mana PSG menang 5-1.
UEFA adalah sebuah badan yang sangat menentang isu rasis. Ia agak memalukan kerana pegawai perlawanan daripada UEFA sendiri terlibat dalam insiden berkaitan rasis.
Perlawanan terpaksa dihentikan seketika. Kemudian, kad merah itu dibatalkan oleh UEFA, yang mengesahkan bahawa ia akan menjalankan siasatan dalam masa terdekat mengenai kejadian perkauman dalam perlawanan tersebut.
Pegawai tersebut berdepan dengan hukuman gantung 10 perlawanan jika dia didapati bersalah.
Jorge Jesus: Semua berkaitan kulit hitam sekarang jadi rasis
Bos Benfica, Jorge Jesus, diminta pendapatnya pada sidang media sebelum perlawanan menentang Standard Liege dalam perlawanan terakhir Kumpulan D Liga Europa.
“Saya tidak tahu apa yang berlaku, apa yang telah dikatakan, tetapi sekarang semua perkara rasis sangat popular,” kata Jesus.
Benfica boss Jorge Jesus claims 'anything said against a black person is always a sign of racism' and declared 'racism is fashionable' https://t.co/9qNxjT4bCD
— MailOnline Sport (@MailSport) December 9, 2020
“Sebagai warganegara, saya berhak berfikir dengan cara saya sendiri dan saya hanya boleh mempunyai pendapat yang konkrit jika saya mengetahui apa yang dikatakan pada masa itu.”
“Pada masa ini, apa sahaja yang dikatakan tidak sehaluan dengan orang kulit hitam selalu digolongkan sebagai perkauman. Sedangkan perkara yang sama mengenai orang kulit putih pula tidak dikira sebagai perkauman.”
Jorge Jesus on the racist incident last night:
🗣️ "I don't know what happened, but today racism is very fashionable. Today, anything that can be said against a black person is always a sign of racism, the same thing against a white person is no longer a sign of racism." 🤔 pic.twitter.com/FHMWBJXlDV
— Football Tweet (@Football__Tweet) December 9, 2020
“Itu gelombang yang sedang menguasai dunia. Mungkin ada indikasi rasisme, tetapi saya tidak tahu apa yang dia [pengadil keempat, Coltescu] katakan kepada penolong jurulatih [Webo],” simpul beliau.
Kejadian di PSG itu adalah pertama seumpamanya, di mana perlawanan digantung secara rasmi kerana pemain tak mahu meneruskan.
“Está muito na moda isso do racismo. Hoje, qualquer coisa que se possa dizer, contra um negro, é sempre sinal de racismo. Se for contra um branco, já não é sinal de racismo.”
Jorge Jesus.
(🎥 TVI) pic.twitter.com/sLrUeLosxr
— Planeta do Futebol 🌍 (@futebol_info) December 9, 2020
UEFA sebelum ini sudah memberikan kelonggaran kepada pasukan atau pemain untuk keluar dari padang dan tidak meneruskan perlawanan jika ada serangan berbaur rasis.
Agak ironi, insiden pertama melibatkan pegawai UEFA sendiri.