Enzo Fernández hanya berada di Portugal selama enam bulan selepas Benfica membayar €14 juta kepada gergasi Argentina, River Plate pada Julai tahun lalu.
Pemain berusia 21 tahun itu menarik perhatian di Eropah selepas mempamerkan aksi hebat pada Piala Dunia 2022, di mana dia menjadi juara dunia bersama Argentina.
Enzo Fernandez turut dinobatkan sebagai muda terbaik Piala Dunia 2022.
Fernández telah membantu pasukan kelabnya mencatat rekod tanpa kalah dalam 22 perlawanan dan memenangi kumpulan Liga Juara-Juara walaupun terdapat PSG dan Juventus.
Prestasi di Benfica benar benar membantunya meningkatkan permainannya sehingga menjadi nadi utama Argentina memenangi Piala Dunia 2022.
Walaupun dia baru sahaja mengumumkan dirinya di pentas global, Chelsea kelihatan bersedia untuk membayar untuk pemain tengah berbakat itu.
Tawaran terbaru mereka hampir €90 juta termasuk Hakim Ziyech dan dua lagi pemain secara pinjaman.
Benfica kemudian meminta Chelsea membayar klausa pelepasan yang ada pada pemain itu. Namun Chelsea menyatakan mereka tidak mampu untuk membayarnya. Dan kini tiba tiba kelab itu mahu berunding lagi.
Benfica's manager is not happy with Chelsea's pursuit of Enzo Fernandez 😳 pic.twitter.com/Bj35RnwBn7
— ESPN UK (@ESPNUK) January 5, 2023
Tindakan Chelsea itu dianggap seolah olah sengaja untuk mengganggu fokus Enzo Fernandez. Dan kini pemain itu dah buat hal. Dia malah kembali semula ke Argentina pada malam tahun baru untuk meraikannya dengan keluarga di sana, tanpa kebenaran kelab.
“Enzo seorang budak yang sangat baik dan pemain bola sepak yang hebat. Kami sangat menyukainya. Kami sayang dia. Kami mahu dia kekal di Benfica.’
“Sudah tentu, situasi untuknya tidak begitu mudah kerana dia bermain di Piala Dunia, dia menjadi juara dunia.’
“Dia mendapat tawaran dan terdapat banyak wang ditawarkan di atas meja ketika ini, apabila anda seorang pemain muda dan anda memikirkannya, ia sedikit mengelirukan anda.”
“Saya fikir itu adalah sesuatu yang semua orang boleh fahami,” kata Roger Schmidt, pengurus Benfica.
“Kami tidak mahu menjual Enzo, bukan saya atau presiden. Tiada siapa yang mahu menjualnya di kelab ini. Kami tahu ada klausa pelepasan, jika dia mahu pergi, kami mungkin kehilangan pemain itu jika ada kelab membayar klausa itu.”
“Ada kelab yang mahukan pemain itu. Mereka tahu kami tidak mahu menjual pemain itu. Mereka cuba mendapatkan pemain itu di pihak mereka dan mereka tahu bahawa mereka hanya boleh mendapatkan pemain ini apabila mereka membayar klausa pelepasan.”
“Jadi, ia adalah situasi yang sangat jelas apa yang kelab itu lakukan. Ia tidak menghormati kita semua, terhadap Benfica, dan saya tidak boleh menerima apa yang mereka lakukan. Untuk membuat pemain kami jadi gila dan kemudian mereka berpura-pura boleh membayar klausa dan kemudian mereka mahu berunding dengan cara lain bagi menyelesaikan isu ini.”
Jurulatih Benfica itu mengkritik Fernández pada hari Khamis kerana pergi ke Argentina untuk meraikan Malam Tahun Baru tanpa arahan kelab.
“Dia tidak mempunyai kebenaran untuk pergi ke Argentina dan terlepas latihan, itu tidak boleh diterima, jadi akan ada akibatnya,” tambah Schmidt.
Benfica boss Roger Schmidt accuses Chelsea of "disrespecting" Benfica and "pretending they can pay the [release] clause" before trying to negotiate a fee. Schmidt adds #CFC have made Enzo Fernandez "crazy" and says he "cannot accept what they are doing". pic.twitter.com/brYoRVQV9S
— Ben Jacobs (@JacobsBen) January 5, 2023
Enzo Fernandez menjadi sasaran Potter untuk memperkuatkan barisan tengahnya. Kecederaan panjang N’golo Kante memberikan impak yang besar kepada Chelsea di bahagian tengah.