Pengurus Dortmund Puji Pembantu Baharunya, Nuri Sahin

Nuri Sahin secara rasmi memulakan tugas sebagai staf kejurulatihan di bawah pengurus Edin Terzic.

Dan hanya selepas bekerja di pusat latihan dalam 2 sesi pertama, Terzic dikatakan benar benar kagum dengan kualiti Sahin sebagai seorang jurulatih.

Terzic tidak kekok untuk mengendalikan sesi latihan yang dianggap paling penting dan sukar. Dia sangat vokal di hadapan para pemain.

Terzic memberikan kepercayaan kepada Sahin untuk membimbing pemain dalam sesi latihan taktikal. Yang berkaitan dengan corak permainan untuk merampas semula bola.

Sahin menerangkan kepada pemain dengan jelas tujuan latihan itu dan kepentingan untuk merampas semula bola dengan segera.

Seterusnya Sahin juga melatih pemain untuk menggerakkan bola serta memberikan beberapa arahan taktikal lain yang penting.

Terzic ternyata berpuas hati dengan 2 orang pembantu baharunya iaitu Nuri Sahin dan Sven Bender – di mana kedua duanya dianggap sebagai legenda kelab itu.

Di mana Sahin dianggap telah mengendalikan sesi latihan dengan sebaiknya walaupun ianya sesi latihan rumit.

Bender sebelum ini pernah bertugas sebagai pembantu jurulatih untuk skuad B-17 Jerman.

Terzic akui bahawa dia berusaha untuk mendapatkan dua bekas pemain itu sebelum ini namun terdapat halangan kerana kedua duanya masih di bawah kontrak dengan jawatan masing masing masing.

Bender ketika itu di bawah kontrak dengan Jerman B-17 sementara Sahin bersama dengan Antalyaspor di Turki.

Ketika peluang tiba untuk mendapatkan kedua duanya, Terzic dan Dortmund tidak membuang masa mereka untuk mendapatkan kedua duanya sekali.

Ini kerana Terzic percaya dua bakat itu akan menjadi bakal tactician yang hebat di masa hadapan.

Terzic berkata: “Ianya memang kehendak saya yang jelas bahawa saya mahukan Nuri dan Sven menjadi pembantu kami di sini. Kami sebelum ini cuba merealisasikan harapan ini namun tidak dapat. Dan kini kami mendapat peluang itu dan kami pastikan ianya direalisasikan.”

“Nuri dan Sven akan membantu menguatkan lagi kami dengan pengalaman dan pengetahuan mereka. Dan pada masa yang sama, kami sebagai sebuah kelab membantu untuk membangunkan jurulatih muda yang berbakat.”

“Saya benar benar gembira kedua duanya kini berada di sini, bersama kami.”