Selepas tamat perlawanan, pengurus Fenerbahce, Jorge Jesus telah menuduh penjaga gol Dynamo Kyiv, Heorhiy Bushchan sebagai berlakon cedera untuk melengah lengahkan perlawanan.
Jorge Jesus malah pergi ke arah penjag gol itu dan menganjingnya sebaik sahaja perlawanan tamat.
Dalam aksi Liga Europa, Fenerbahce mendahului menerusi Gustavo Henrique pada minit ke-35. Namun gol itu ibalas oleh Viktor Tsyhankov pada minit ke-63.
Ketika perlawanan sedang menuju ke wisel penamat, kem Fenerbahce tidak berpuas hati dengan penjaga gol Dynamo Kyiv yang menurut mereka melengah lengahkan perlawanan demi untuk mencuri 1 mata.
Akhirnya pada masa kecederaan, bekas penyerang Chelsea, Michy Batshuayi menjaringkan gol kemenangan.
Lalu pengurus Fenerbahce tidak dapat menahan dirinya daripada mengejek penjaga gol tersebut.
Dia menjerit ke arah penjaga gol itu dan berkata: “Kau nak sangat berbaring kan? Lepas ni kau boleh baring terus atas katil berapa jam kau suka.”
Fenerbahçe Teknik Direktörü Jorge Jesus, maçın bitmesinin ardından Dinamo Kiev kalecisi Heorhiy Bushchan'a "İstersen artık 1 saat yatabilirsin" dediği an. pic.twitter.com/CUuM3dCFcA
— Pirana (@piranaspor) September 8, 2022
Penjaga gol itu mempertahankan tindakannya. Dan menafikan dia berpura pura cedera.
Dan satu berita yang agak menyedihkan menimpa penjaga gol itu sebenarnya benar benar cedera.
Dia beraksi sepanjang 90 minit perlawanan dalam keadaan tidak selesa kerana kesakitan. Namun memutuskan untuk meneruskan aksinya.
Doktor kelab mereka sudah mengeluarkan penilaian tahap kecergasan pemain. Dan mendapati ada sedikit kecederaan pada meniskus. Membuatkan dia disahkan mengalami kecederaan lutut. Mujur dia tak mengalami ACL dalam perlawanan tersebut.
Heorhiy Buschan dijangka akan berehat sekurang kurangnya sebulan.
Afinal … havia mesmo lesão.
Jorge Jesus acusou Bushchan, guarda-redes do Dinamo Kiev, de fazer anti-jogo constante.
A verdade é que a equipa ucraniana anunciou hoje que Bushchan contraiu uma lesão no menisco e que estará afastado do relvado pelo menos um mês.
— Cabine Desportiva (@CabineSport) September 9, 2022
Ramai peminat bola sepak mendoakan Buschan agar cepat sembuh dan mengkritik ego Jorge Jesus yang mengejek penjaga gol tersebut. Dia seharusnya lebih terbuka dalam perkara tersebut.