Pengurus FPL Meroyan Vardy Sifar On Target Dan Miss Peluang Keemasan

Jamie Vardy hari ini menjadi sasaran kecaman oleh pengurus FPL.

Ini selepas pemain itu gagal menjaringkan gol. Vardy malah gagal mencipta on target dan terlepas peluang terbaik untuk menjaringkan gol.

Jamie Vardy sebelum ini memberikan 17 mata kepada pengurusnya dalam aksi berdepan Man City.

Namun pada hari ini hanya memberikan 2 mata selepas beliau menjadi antara pemain yang banyak dikaptenkan pengurus FPL.

Mereka merasakan itu adalah satu pengkhianatan oleh Vardy.

Ini adalah detik di mana Vardy terlepas peluang keemasan 1 lawan 1.

Pengguna twitter bernama Blodfeld berkata: โ€œ[Vardy] adalah tripple kapten kawe, adakah kawe barang jenaka untuk demo Vardy?โ€

Ahmed Ami tampil dengan satu teori di mana selepas Vardy memberikan mata berbelas belas kepada pengurus FPL beliau, pada perlawanan berikutnya dia akan memberikan hanya dua mata.

โ€œAku sudah perati je pattern di sini, mungkin aku akan tripple kaptenkan Vardy minggu depan,โ€ kata beliau.

Jelas sekali bukan hari terbaik Vardy di mana dia gagal mencetak gol dan paling menyedihkan beliau adalah kekalahan pasukannya di tangan West Ham.

Vardy sangat kecewa.

Baca yang lain