Pengurus Getafe Buat U-turn Selepas Dedahkan Bellingham Yang Pujuk Greenwood Sertai La Liga

Jude Bellingham dilaporkan kurang gembira dengan kenyataan pengurus Getafe, Jose Bordalas, yang menyatakan bahawa Bellingham telah memujuk Mason Greenwood untuk datang ke La Liga.

Dan seringkali menelefon pemain itu agar mengikut jejak langkahnya berkarier di Sepanyol.

Mason Greenwood menyertai Getafe secara pinjaman musim ini. Sebagai langkah menjauhkan diri seketika daripada Man United – berdasarkan kenyataan Greenwood sebelum ini.

Dia bertekad untuk meneruskan kariernya di kelab lain sementara waktu. Dengan Man United menawarkan sokongan kepadanya.

Greenwood akhirnya ke Getafe. Pengurus Getafe yang teruja mendapat pemain seperti Greenwood telah menambah kuah di dalam ceritanya.

“Dia berkata: “Ini satu kejutan, kami tak pernah terfikir akan mendapat pemain berkualiti seperti Greenwood.”

“Namun mereka telah berhubung dengan Pengarah Sukan [Ruben Reyes], kami bercakap, namun kami awalnya merasakan tidak mungkin perpindahan ini boleh berlaku. Tetapi kedua dua pihak berusaha.”

“Greenwood kawan balik Belligham. Dan Bellingham yang menasihatinya untuk datang ke Liga Sepanyol.”

Kenyataan itu benar benar pelik. Kerana kedua dua pemain tidaklah serapat yang disangka oleh Bordalas.

Belligham menerusi ejennya telah bersuara bahawa dia tidak ada kaitan dengan perpindahan Greenwood. Lebih lebih lagi pemain itu sebelum ini dikaitkan dengan kes terajang dan memperkosa teman wanitanya.

Greenwood juga risau kalau Real Madrid akan menyiasat samaa ada dia benar benar ada kaitan dengan usaha memujuk Greenwood menyertai Liga Sepanyol.

Akhirnya pengurus Getafe terpaksa membuat u turn dalam kenyataannya. Dan menegaskan bahawa sebenarnya kenyataannya disalah tafsir.

Bordalas berkata: “Saya nak perbetulkan sedikit salah faha, Saya sebelum ini menyatakan bahawa Mason Greenwood datang ke Getafe kerana dia sudah bercakap dengan Jude Bellingham.”

“Mereka sudah memberikan penjelasan kepada saya bahawa sebenarnya, bukan begitu ceritanya.”

“Greenwood datang ke sini dan Bellingham tiada kaitan dengannya, saya mahu meminta maaf.”