Satu perkembangan mengejutkan apabila pengurus interim England, Lee Carsley telah menyindir dan mengkritik taktikal Gareth Southgat kerana kesilapan terbesar yang dilakukan pengurus itu ketika Euro 2024.
Menurut Lee Carsley, Southgate membuat kesilapan besar dalam mengendalikan Phil Foden pada Euro 2024 yang lalu membuatkan pemain itu kerap hanyut dan hilang arah di atas padang.
Lantas Lee Carsley memberikan jaminan dia tak akan membuat kesilapan yang sama dan mengambil pendekatan berbeza berbanding cara bekas pengurus England, Gareth Southgate mengendalikan pemain itu di Euro 2024.
Carsley kini adalah pengurus sementara Three Lions berikutan peletakan jawatan Southgate selepas Euro 2024. Dia telah mengendalikan dua perlawanan Liga Negara, memenangi kedua-duanya.
Pengurus berusia 48 tahun itu mempunyai peluang untuk menjadikannya tiga kemenangan daripada tiga apabila England menerima kunjungan Greece di Wembley pada petang Khamis.
Menurut Daily Mail, Carsley merancang untuk memainkan Jude Bellingham sebagai penyerang tengah – false 9 – ketika ketiadaan Harry Kane kerana kecederaan.
Cole Palmer dan Phil Foden juga dijangka memainkan peranan di Wembley, dengan pemain tersebut dalam prestasi cemerlang pada awal musim Liga Perdana Inggeris.
Walaupun Palmer tidak memulakan sebarang perlawanan pun di Euro 2024, dia masih dinamakan sebagai Pemain Terbaik England dalam satu majlis di St George’s Park.
Tetapi Carsley lebih berminat membincangkan tenga peranan Foden dalam pasukannya.
Dia memilih Foden sebagai pemain yang dia percaya harus memainkan peranan yang berbeza dengan yang dia tampilkan di bawah Southgate. Dia malah membayangkan pemain itu mungkin akan menjadi no.10 atau penyerang utama bersama Bellingham dalam perlawanan lawan Greece.
Lee Carsley won the U21 Euros playing a 4-4-2 with Smith Rowe and Gibbs-White as a double false 9.
There is no reason why this can't work for the First team. https://t.co/zyODDNthWk pic.twitter.com/NUjz2z68GL
— Watch LFC (@Watch_LFC) October 10, 2024
Bercakap dalam sidang akhbar pra-perlawanannya menjelang pertembungan Greece, dia menjelaskan: “Phil adalah pemain yang sukar dipercayai. Kami sangat bertuah kerana mempunyai seseorang yang mempunyai bakat dan mentalitinya.
“Kita perlu pastikan kita meletakkan dia pada kedudukan yang dia boleh memberi kesan kepada lawan kami.
“Kadang-kadang dalam kedudukan yang lebih luas [di tepi padang] dia boleh melakukannya. Tetapi kami perlu mengubah cara kami bermain untuk mendapatkan yang terbaik daripadanya.
“Dia akan menjadi pemain di bahagian tengah serta akan menjadi pemain sayap apabila kami kehilangan penguasaan bola.
Lee Carsley: “@PhilFoden’s an unbelievable player.
“We’re very lucky to have someone of his talent and mentality, and need to make sure we put him in positions where he can really affect the opposition.

“Sometimes in wider positions he can do it, but we’ll have to change the…— City Xtra (@City_Xtra) October 10, 2024
“Phil paling berkesan bermain di bahagian tengah.”
Foden sering berbaris di bahagian kiri serangan untuk England pada Euro 2024. Dan Carsley menegaskan bahawa di bawah kendaliannya pemain itu akan bermain di posisi terbaiknya di peranan lebih ke tengah. Foden merupakan pemain terbaik Man City musim lalu.