Pengurus Milan Mengamuk Pemain Pulisic Tak Ambil Penalti

Pengurus Milan, Paulo Fonseca marah pada sidang akhbar selepas perlawanan selepas tewas 2-1 menentang Fiorentina dan menegaskan bahawa Christian Pulisic sepatutnya mengambil sepakan penalti untuk Rossoneri.

Ini kerana pemain itu sudah dilantik sebagai pelaksana penalti yang utama untuk AC Milan. Namun entah bagaimana, dalam aksi menentang Fiorentina, tugasan itu bertukar kepada pemain lain. Bukan sekali tetapi dua  kali.

Lebih malang apabila kedua dua penalti itu diselamatkan David De Gea.

Milan mengalami kekalahan 2-1 di Florence pada malam Ahad, menyaksikan penjaga gol Tuscan, David De Gea menyelamatkan dua sepakan penalti. Dia menafikan Theo Hernandez pada separuh masa pertama dan Tammy Abraham pada separuh masa kedua.

Pemain Milan memutuskan untuk menukar penendang sepakan penalti yang sudah ditetapkan oleh kelab. Sedangkan Pulisic ada di dalam padang.

Fonseca marah selepas wisel penamat. Dia bukan sahaja mengadu tentang keputusan pengadil dan sepakan penalti lembut diberikan kepada lawan tetapi juga mengamuk kepada pemainnya yang gagal menyempurnakan 2 penalti.

Semasa sidang akhbar yang dihadiri oleh Football Italia, Fonseca berkata: “Sudah tentu saya kecewa [pemain menukar penyepak sepakan penalti]. Christian [Pulisic] harus mengambil penalti. Ia tidak boleh berlaku lagi, dan saya memberitahu pemain tentang perkara ini.

Matteo Gabbia menyertai Fonseca untuk sidang media selepas perlawanan dan mengesahkan bahawa pengurus asal Portugis itu sudah bercakap tentang isu itu di dalam bilik persalinan selepas perlawanan. Bagaimanapun, dia tidak mendedahkan dengan tepat apa yang diberitahu oleh jurulatih kepada pemainnya.

Milan menduduki tempat keenam dalam carta Serie A, sama dengan 11 mata dengan Torino dan lima mata di bawah pendahulu Napoli.