Pengurus Porto Ini Tuduh Arteta Menghina Keluarganya

Pengurus Porto, Sergio Conceicao telah menuduh Mikel Arteta menghina dan mengeji keluarganya.

Pada wisel penamat, Conceicao dilihat bersemuka dengan Mikel Arteta dengan wajah tidak berpuas hati.

Arsenal berjaya menyingkirkan Porto daripada peringkat 16 akhir Liga Juara Juara Eropah selepas aksi luar biasa David Raya pada penentuan penalti.

Arsenal sebelum ini ketinggalan 0-1 secara agregat. Dan mereka membalasnya ketika di Emirates menerusi gol Leandro Trossard.

Namun selepas tamat perlawanan itu Conceicao merengek menuduh Arteta mengutuk dan menghina keluarganya dalam bahasa Sepanyol.

“Arteta berpaling ke arah bangku simpanan kami ketika perlawanan berlangsung dan mula mengeji keluarga saya dalam bahasa Sepanyol.

“Saya beritahu dia bahawa orang yang dia kutuk itu sudah tiada lagi di dunia ini. Dia patut lebih bimbang tentang melatih pasukannya, di mana mereka ada kualiti yang lebih daripada cukup untuk bermain dengan lebih baik,” tegas Conceicao.

Peminat bola sepak menuduh Conceicao seorang yang suka merengek apabila kalah. Sebelum ini dia pernah menuduh Thomas Tuchel menghina dan mengutuknya.

Conceicao ketika itu menegaskan bahawa Tuchel telah mengutuknya dalam bahasa Inggeris. Dia kurang faham tentang apa yang dikatakan Tuchel kerana dia kurang fasih berbahasa Inggeris.

Seorang peminat Arsenal berkata: “Dia akan buat macam ni setiap kali dia kalah.”

Arsenal terus menikmati minggu minggu yang hebat. Dan kini mereka berada di puncak liga. Menjaringkan gol sangat banyak dalam beberapa perlawanan terakhir mereka.

 

 

 

Baca yang lain