Pengurus Porto Sindir Arteta Yang Label Pasukannya ‘Tak Nak Main Bola’

Pengurus Porto, Sergio Conceicao membalas kritikan Mikel Arteta ke atas pasukannya. Di mana Mikel Arteta menuduh Porto tidak mahu bermain bola dan banyak melengahkan permainan.

Arsenal kalah 1-0 di tangan Porto walaupun menguasai perlawanan dengan sangat dominan.

Jaringan pada lewat masa kecederaan oleh Galeno memberikan kemenangan luar biasa kepada Porto.

Arteta selepas tamat perlawanan telah menyindir taktikal Porto dengan berkata: “Kami dah bias bermain dengan pasukan yang bermain dengan blok defensif [park the bus] seperti ini. Terutama sekali di separuh masa pertama kami ada kekurangan.

“Kami akan belajar daripadanya dan akan bermain lebih baik pada perlawanan kedua. Perkara terbaik tentang pasukan kami adalah sikap. Kami pasukan yang mahu bermain bola. Kami tak kurang dari segi agresif. Berdepan dengan pasukan blok sangat rendah, dan tidak ada niat nak bermain bola, inilah yang kami harus buat.”

Conceicao mendapat tahu tentang komen Arteta itu, dan dia agak bengang.

“Itu cuma satu pandangan peribadi. Mereka nak bermain bola, kami nak menang,” tegas beliau.

Kemudian di dalam satu lagi sidang media Conceicao menyindir Arteta sekali lagi. Di mana Porto cuma ada 35% penguasaan bola dan selebihnya Arsenal.

Dia menambah: “Arteta benar benar memaksudkannya. Jelas sekali pada saya. Kena ingat, dia dari sekolah yang mengutamakan penguasaan bola, sama macam [Pep] Guardiola, pengurus paling berjaya.

“Mereka berpendapat, cara terbaik untuk menang perlawanan adalah dengan mengutamakan aspek penguasaan bola.

“Ini bergantung kepada pasukan yang kami miliki, kualiti pemain yang kamu ada dan strategi. 40-60% bukanlah satu skandal pun. Saya tidak kisah sama sekali kalau kami cuma ada 30-70%, dan menang dengan cara yang sama.

“Penguasaan bola adalah tentang apa yang kamu lakukan dengannya [ada bola pada kamu].

“Penguasaan yang boleh mencipta gol dan bukannya bolos. Kami ada lebih banyak penguasaan yang terhubung, dan permainan lebih langsung / direct daripada penyerang kami. Kami adalah pasukan paling bahaya hari ini.”

Baca yang lain

Xavi Sedia U-Turn Dan Kekal Di Barca

Beberapa minggu lalu Xavi menyatakan bahawa dia akan tetap meninggalkan Barcelona walaupun kelab itu menjulang UCL sekalipun. Sebelum itu Xavi sudah menyatakan