Virgil Van Dijk menerima pujian yang menggunung dari pengurus Shrewsbury, Steve Cotterill atas kemuliaan hati yang beliau tunjukkan selepas tamat aksi perlawanan yang menemukan kedua-dua pasukan itu semalam.
Steve Cotterill bersama anak-anak buahnya begitu kagum dan teruja dengan kemuliaan hati Virgil Van Dijk yang sudi meluangkan masa untuk ke bilik persalinan mereka selepas tamat perlawanan yang dilangsungkan di Anfield itu.
Selepas tamat aksi kemenangan 4-1 Liverpool menewaskan Shrewsbury dalam saingan FA Cup itu, Van Dijk dikatakan masuk ke bilik persalinan pasukan lawan untuk mengucapkan tahniah kepada mereka.
Virgil van Dijk shows class with dressing room gesture to wounded Shrewsbury players https://t.co/0H19NyyXrg pic.twitter.com/luYuGZAWX8
โ Mirror Football (@MirrorFootball) January 9, 2022
Kemenangan itu membawa Liverpool untuk mara ke pusingan keempat saingan FA Cup dengan mereka selepas ini dijadualkan akan bertemu Cardiff City.
Kaide Gordon, Roberto Firmino dan Fabinho (2) berjaya mencatat nama sebagai penjaring gol dalam perlawanan tersebut, untuk membantu Liverpool mencatatkan kemenangan selesa menewaskan Shrewsbury.
Walau bagaimanapun, Liverpool sebenarnya terlebih dahulu ketinggalan selepas pasukan dari saingan League One itu membuka tirai jaringan mereka pada minit ke-27 permainan menerusi Daniel Udoh.
Skuad Shrewsbury berjaya mempamerkan aksi persembahan yang sangat baik ketika bertemu Liverpool, walaupun skuad The Reds dibarisi ramai pemain muda.
Into the next round we go, the young boys did well! Well played to Shrewsbury, good luck for the rest of the season ๐๐ฝ๐ pic.twitter.com/Fd4PCVgp7M
โ Virgil van Dijk (@VirgilvDijk) January 9, 2022
Namun pujian harus diberikan kepada mereka, kerana mampu pamer aksi yang menakjubkan di gelanggang yang dianggap neraka untuk pasukan-pasukan lawan.
Kerana kagum dengan persembahan yang dipersembahkan oleh skuad Shrewsbury, Van Dijk memutuskan untuk masuk ke bilik persalinan mereka, memberi pujian kepada para pemain atas usaha mereka, dan turut mengucapkan selamat maju jaya.
Bukan itu sahaja, Van Dijk malah terbuka untuk bertukar jersi dengan penjaring gol Shrewsbury, yang sempat meraikan gol dengan gaya SIUUUUU.
Day out at Anfield with my buds ๐๐๐๐ฟ @VirgilvDijk class guy ๐ค pic.twitter.com/940zI2IY85
โ Daniel Udoh (@DanUdz9) January 9, 2022
Steve Cotterill memuji Van Dijk
Tindakan Virgil Van Dijk itu sepertinya telah menyentuh hati Steve Cotterill, dengan beliau tampil memberikan pujian yang menggunung kepada bintang Liverpool itu.
โVirgil Van Dijk datang ke bilik persalinan kami selepas tamat perlawanan, mengucapkan tahniah kepada semua orang, dia puji kami, bawa jersi dia kepada kami, salam kami dan saya fikir ia merupakan sikap yang sangat terpuji.โ
ย
Shrewsbury boss Steve Cotterill on Virgil van Dijk:
"Virgil came into our dressing room and congratulated everyone and brought his shirt in. Not only is he a top player โ he is a gentleman and it was a very good experience for our players today." ๐ #awlive [pa]
โ Anfield Watch (@AnfieldWatch) January 9, 2022
Jelas Cotterill menurut Liverpool Echo.
โBukan hanya dia pemain terbaik, dia juga seorang yang gentleman. Ia merupakan pengalaman yang sungguh menakjubkan untuk para pemain kami lalui hari ini.โ
โKamu tak akan mampu tinggalkan tempat ini dan tidak fikir yang kelab ini merupakan kelab bola sepak yang istimewa.โ
Elliott Bennett yang bermain selama 88 minit dalam perlawanan tersebut turut memuji Van Dijk dengan menyatakan:
โMulia baik di dalam mahupun luar padang. Pemain Rolls Royce dan tanpa ragu-ragu dia adalah pemain centre-back terhebat dunia. Sangat tersentuh dia datang bertemu kami dan beri penjaring gol kami jersi dia.โ
Sikap yang benar-benar terpuji dari Virgil Van Dijk yang menggalas tugas sebagai ketua pasukan dalam perlawanan ini, bagi menggantikan Jordan Henderson.
๐ฃ Shrewsbury Town manager Steve Cotterill:
โVirgil van Dijk came in our dressing room afterwards, congratulated everyone, said well done, brought his shirt in, shook hands and I thought that was absolutely top, top drawer. Not only is he a top player, heโs a gentleman.โ ๐ pic.twitter.com/cE35tZJoiQ
โ Steven Gerrard (@Gerrard8FanPage) January 9, 2022
Bercakap ketika sidang media selepas tamat perlawanan, Cotterill turut menjelaskan bahawa:
โIa merupakan hari yang menakjubkan untuk kelab kami. Ia bukan kerana keputusan 4-1 dalam perlawanan tersebut. Kami mahu terus menguji mereka, namun terlalu sukar untuk kami memenangi bola.โ
โKetika kamu fikir tentang segi tiga yang mereka ada di hadapan Kelleher, yang mana beliau seorang penjaga gol yang bagus, ia sangat, sangat sukar untuk melepasi Konate, Van Dijk dan Fabinho yang berada di tengah padang. Itu adalah ruang yang hebat untuk memulakan serangan.โ
โTapi ia sangat-sangat sukar untuk kami dapat melepasi mereka tanpa kami benar-benar membuka permainan. Jika kami buka permainan, maka saya rasa mereka akan dapat enam ke tujuh gol dan itu bukanlah apa yang kami mahukan.โ
"The young boys did well!"#LFC https://t.co/pkN7E8Ep55
โ Liverpool FC News (@LivEchoLFC) January 9, 2022
โSaya rasa kami berjaya buat mereka bimbang dalam tempoh lima minit ketika kami menyerang, tapi malangnya ia tidak mampu bertahan lebih lama.โ
Beliau kemudiannya menambah lagi dengan menyatakan bahawa:
โSaya tak rasa ia seperti perlawanan yang berakhir dengan keputusan 4-1. Saya rasa macam keputusan perlawanan 2-1, tapi bukan hanya kerana kamu melihat kesebelasan utama mereka dengan Kelleher, pemain muda Bradley, tapi dengan tiba-tiba ada Konate, Van Dijk, Robertson, ia merupakan tembok yang cukup kental untuk dilepasi.โ
โDan kemudian, untuk menambah baik aksi di hujung permainan, mereka membawa masuk Firmino dan Minamino. Ia menambah lagi kesukaran untuk kami. Saya tak rasa perlawanan ini nampak seperti 4-1.โ
Klopp and #LFC were right to respect the #salop frontline today. Udoh and van Dijk had what the Reds boss would call a 'proper battle' โ countless snaps of the going at it! ๐ธ๐ช
But this is such a classy touch from one of the game's class acts. https://t.co/6DVzYbZtBVโ Lewis Cox (@LewisCox_star) January 9, 2022
โSaya sangat, sangat berbangga dengan para pemain saya, terima kasih kepada kelab bola sepak Liverpool atas layanan yang diberikan kepada kami hari ini, dari Jurgen Klopp sehingga ke semua pemain mereka.โ
Sumber: The Sukan