BILD melaporkan beberapa pegawai tertinggi dalam pengurusan Bayern bengang dengan kenyataan terbaru Thomas Tuchel.
Tuchel tidak berpuas hati dengan cara kerja pengurusan tertinggi Bayern yang dianggap tidak cukup serius dalam memberikan sokongan kepadanya untuk membentuk skuad yang lebih mantap.
Pengurus itu menganggap pasukan Bayern memiliki ‘squad depth’ paling kecil di Bundesliga pada masa ini kerana cuma ada 3 pemain tengah.
Tuchel bengang kerana pengurusan Bayern terlalu lambat bertindak dalam proses mendapatkan Palhinha sehingga gagal melepasi masa yang ditetapkan pada hari terakhir jendela perpindahan.
Pada masa yang sama mereka sudah melepaskan Ryan Gravenberch ke Liverpool.
Pengurusan tertinggi Bayern sudah memberitahu Tuchel bahawa masalah utama perpindahan Palhinha adalah kerana Fulham yang tidak menandatangani beberapa dokumen akhir.
Fulham enggan melepaskan Palhinha selagi lagi mereka tidak mendapatkan pemain tengah baharu. Dengan nama seperti Scott McTominay antara yang mereka cuba pancing namun gagal.
Akhirnya rundingan Palhinha ke Bayern gagal walaupun pemain itu hanya menunggu masa diumumkan sebagai pemain baharu selepas semua dokumen di pihak pemain sudah ditandatangani dan sudah bergambar untuk sesi media.
Palhinha dikatakan sangat kecewa membuatkan Tuchel dan Joshua Kimmich turut simpati dengan pemain itu.
Tuchel agak bengang kerana Bayern sudah tahu Ryan Gravenberch mahu berpindah namun mereka sangat lambat bertindak mendapatkan pemain tengah baharu. Walaupun Gravenberch kekal sekalipun mereka sebenarnya masih perlukan pemain tengah baharu.
Lantas beberapa pegawai di pengurusan tertinggi Bayern kini tidak sependapat dengan Tuchel tentang perkara itu. Kerana mereka sudah sedaya upaya mendapatkan pemain seperti Harry Kane untuk Tuchel.
Tuchel tetap tidak berpuas hati dengan alasan itu. Hal ini kerana Tuchel dengan terbuka menyatakan dia sudah meminta sekurang kurangnya pemain no.6 yang baharu sejak awal jendela perpindahan dibuka lagi.
Tindakan Tuchel dikatakan sangat mendesak dan membuatkan mereka terpaksa akur dan cuba mendapatkan Palhinha dengan usaha lebih serius pada hari terakhir.
Bayern bosses did not show understanding to Thomas Tuchel's latest statements that the squad was thin. Tuchel's constant public demands for a #6 had annoyed the people in charge, but in the end they accepted it and went for Palhinha. Now the fact that Tuchel is still going on…
— Bayern & Germany (@iMiaSanMia) September 5, 2023
Bayern Munich adalah sebuah pasukan yang sentiasa menjadikan UCL sebagai penanda aras utama kempen mereka.
Di peringkat domestik, pasukan itu memiliki rekod yang sukar digugat dan sentiasa ada kemampuan untuk menjadi juara.