Peniaga Kebab Meroyan Terima Surat Saman Mbappe

Seorang peniaga kebab di Perancis, Henni kini bedepan dengan tindakan saman oleh Kylian Mbappe selepas iklan produk yang dianggap menyinggung perasaan pemain itu.

Mbappe menerusi pasukan guamannya sudah memaklumkan kepada Mohamed Henni, bahawa peniaga kebab itu kini sedang berdepan tindakan perunangan daripada mereka.

Kenapa Mbappe marah dengan iklan kebab itu? Kerana peniaga tersebut menulis: ‘Roti dari kilang roti yang bulat macam kepala Mbappe’.

Mbappe bukan satu satunya nama pemain yang dijadikan deskripsi produk kebab itu. Bekas pemain West Ham, Dmitri Payet turut berada dalam iklan pancake.

Namun buat masa ini, hanya Mbappe yang benar benar marah dengan pendekatan Henni yang dianggap mengaibkannya.

Peguam Mbappe sudah menghantar surat guaman kepada Henni dan menuntut Henni untuk mengeluarkan nama Mbappe daripada risalah iklan atau berdepan tindakan saman.

Henni bengang dan menggunakan akaun media sosialnya untuk mengecam Mbappe.

Henni yang merupakan peminat tegar Marseille kecewa dengan Mbappe. Kerana dia tidak berniat jahat sama sekali ke atas Mbapppe.

Henni berkata: “Kau tak malu ke nak saman orang macam aku? Kau memang dah tak ada kerja lain nak dibuat ke? Nak saman aku atas perkara yang tidak masuk akal ini, sangat luar biasa. Saya sendiri rasa tak percaya.

Henni menunjukkan kepada pengikutnya surat peguam yang diterimanya dengan berkata: “Ni ha, Mbappe nak saman saya.

“Saya tak percaya pemain yang di taraf beliau ada masa untuk memikirkan tentang orang macam saya. Dia membuang masa dan wang semata mata untuk menyaman saya. Saya tidak menyakiti sesiapa. Itu cuma lawak yang tidak memudaratkan.

“Payet adalah pemain yang ada maruah. Tetapi Mbappe benar benar dah gila.”

Kylian Mbappe pada musim terakhir bersama PSG. Dia dikaitkan dengan perpindahan ke Real Madrid secara percuma pada musim hadapan.