Penilaian Arteta: “Arsenal Bermain Tanpa Hala Tuju, Saling Menunggu Antara Satu Sama Lain”

Mikel Arteta lebih banyak hanya berdiri di tepi padang dengan wajah sugul, dan tidak bermaya ketika aksi Arsenal bertemu Brighton.

Di mana Sang Meriam kalah 1-2 dalam perlawanan tersebut.

Biasanya Arteta sangat bertenaga dan bersemangat di tepi padang. Cuma kali ini dia kebuntuan. Dia jelas sekali tidak tahu apa sebenarnya dilakukan para pemainnya di atas padang.

Pasukannya ketinggalan 2 gol. Dengan rembatan terbias Martin Odegaard memberikan sedikit harapan untuk Arsenal tidak membenarkan Brighton menapau kesemua 3 mata.

Kekalahan ini selepas kekalahan di tangan Crystal Palace pada sebelum ini. Ianya satu lagi aksi tidak bermaya Arsenal.

Bercakap kepada pemberita selepas tamat perlawanan, Arteta menyatakan bahawa pasukannya bermain tanpa arah dan hala tuju yang jelas.

“Separuh masa pertama, ianya satu lagi aksi yang teruk.”

“Reaksi yang kami mahu tunjukkan [selepas kekalahan di tangan Palace] dan semua yang kami cakap nak buat, kesemuanya tidak berlaku di atas padang,” kata pengurus asal Sepanyol itu.

“Hari ini kami cemerkap ketika memiliki bola. Kami pasukan kedua terbaik dalam banyak situasi. Kami tidak menunjukkan sebarang hala tuju atau cuba membina momentum dalam perlawanan ini. Ataupun bermain pada kelajuan yang betul untuk mengubah perlawanan yang Brighton mahukan hari ini.”

“Peluang pertama yang mereka [Brighton] miliki, satu satunya peluang yang miliki, mereka terus menjaringkan gol. Dalam pada kami mencipta suasana dingin, tak selesa dengan permaina. Dan apabila kami cuba mengubah keadaan, ianya sudah terlambat.”

“Bagus untuk tidak menyerah kalah, tapi sayangnya dah terlalu lambat.”

Pasukan pelawat mencipta kelebihan dua gol hasil jaringan Leandro Trossard dan Enock Mwepu.

Gol gol tersebut, masing-masing dijaringkan pada minit ke-28 dan 66. The Gunners bekerja keras di atas padang, namun terlalu kerap memperlahankan tempo dan seolah-olah tidak tahu bagaimana untuk memecahkan blok lawan yang teratur di hadapan mereka.

Arteta berkata pemain pemainnya gagal mengambil alih pemilikan permainan semalam.

“Ia bukan masalah sikap tetapi pendekatan dan keberanian yang kami tunjukkan untuk bermain, kami tidak mempunyai tujuan itu,” katanya.

Arteta kemudian menyatakan bahawa para pemainnya pada aksi ini lebih banyak menunggu antara satu sama lain untuk mencetuskan kebangkitan. Ini masalah utama Arsenal.

“Saya mengenali mereka, dan kami tidak menjukkan niat untuk menyerang dan campur tangan dalam banyak situasi, serta mencetuskan situasi yang ingin kami cetuskan dan kami kerap terpinga pinga, berbanding cuba mengambil alih pemilikan perlawanan ini, untuk melakukan apa yang kami perlu lakukan.”

“Kamu tidak boleh bermain seperti itu, kamu perlu membuatkan diri kamu terlibat dan melangkah masuk. Hari ini, kami tidak melakukannya.”

Tewas dua kali dalam seminggu kepada lawan yang dianggap ‘boleh makan’ berdasarkan prestasi Arsenal sebelum ini, adalah mengejutkan. Kekakalan ini membuatkan keadaan menjadi lebih sukar kepada Arsenal.

Dalam lapan perlawanan terakhir, Arsenal masih perlu bertandang ke West Ham, Chelsea dan Spurs dan aksi besar di tempat sendiri dengan Manchester United.

Kelayakan untuk Liga Juara-Juara, malah Liga Europa, kelihatan agak sukar, terutamanya Arsenal berdepan ketiadaan Kieran Tierney dan Thomas Partey.

Segalanya belum berakhir, tetapi ia akan menjadi sangat sukar jika Arsenal tidak bangkit segera. Keputusan dalam seminggu ini mengubah pasukan Arsenal daripada status mengawal persaingan ke 4 teratas kepada kehilangan kelebihan kepada Spurs.

Arsenal sudah lama tidak mara ke UCL. Oleh sebab itu mereka benar benar terdesak untuk berada di pentas UCL sekali lagi. Kerana di situlah tempat selayaknya mereka berada.