Penilaian Jujur Conte Selepas Spurs Dikalahkan Pasukan ‘Since 2012’ Dari Slovenia

Tottenham Hotspur dikejutkan oleh pasukan tidak ternama dari Liga Slovenia iaitu NS Mura dalam Piala Konfederasi Eropah / UECL dalam aksi terakhir peringkat kumpulan.

NS Mura di hadapan menerusi Tommy Horvat pada minit ke-11. Kemudian pada minit ke-32, Ryan Sesegnon dibuang padang dalam aksi kesebelasan utama pertamanya di bawah Antonio Conte.

Pemain yang sebelum ini dibawa Conte dalam sidang media pra perlawanan.

Harry Kane menyamakan kedudukan pada minit ke-72. Namun Amadeja Marosa menjaringkan gol pada minit ke-94.

Ianya berpunca daripada kesilapan pemain Spurs yang terlepas bola dan diserang balas.

NS Mura mencipta sejarah gemilang dalam sejarah kelab mereka untuk menang aksi pertama di pentas Eropah.

Di mana mereka juga menempa sejarah apabila baru sahaja menewaskan pasukan dari Liga Perdana Inggeris.

NS Mura kelab baru yang ditubuhkan 9 tahun yang lalu iaitu pada tahun 2012. Kelab NS Mura Terletak di Murska Sobota, di Utara Slovenia. Di mana populasi bandar tersebut cuma 11,000 orang.

Spurs kini berisiko tersingkir awal jika mereka keciciran mata berdepan dengan Rennes pada perlawanan terakhir mereka.

Dalam rekod, Spurs kini sudah 10 perlawanan berturut turut gagal mencatat clean sheet dalam aksi Eropah di tempat lawan.

Selepas tamat perlawanan, Conte dengan jujur menyatakan bahawa dia kini semakin faham situasi di Spurs dan menyedari bahawa pasukan itu ketika ini tidak berada di kelompok pasukan yang dianggap kuat.

Conte berkata:

“Kelab ini nampak gah pada luarannya, mereka mencipta stadium sendiri, namun sekarang kita bermula dari belakang.”

“Saya bukan ahli silap mata. Dan saya harus jujur memberitahu kamu.”

“Selepas 3 minggu di sini, saya mulai memahami apa sebenarnya situasi di sini. Ianya tidak mudah. Namun buat masa ini, tahap Spurs adalah tidak tinggi sangat.”

“Saya gembira berada di sini, namun kita harus menaikkan kualiti kita.”

Antonio Conte masih tidak dapat memberikan aksi lebih konsisten untuk Spurs. Walaupun sebelum ini mencipta kemenangan namun ianya sangat rumit untuk mereka gapai.

Adakah Spurs akan berbelanja pada Januari ini? Kerana jelas sekali ada beberapa pemain memang tidak begitu bagus untuk berada di dalam pasukan yang mahu mencabar slot ke eropah musim hadapan.

NS Mura kelab yang ditubuhkan pada 2012. Dan mereka memenangi divisyen 4 pada 2015/16.

Tahun berikutnya, NS Mura memenangi pula divisyen 3 untuk mara ke divisyen kedua.

Cerita yang sama pada 2017/18 apabila NS Mura menjadi juara divisyen 2 untuk membolehkan mereka mara ke Liga Perdana Slovenia.

Musim lalu, NS Mura mengejutkan bumi apabila memenangi Piala Slovenia yang membolehkan mereka layak ke UECL.

Mereka juga menjadi juara Liga Perdana Slovenia. Dan hanya dalam 9 tahun mereka mencapai salah satu keputusan yang tidak disangka sangka iaitu menang ke atas Spurs.

Baca yang lain