Penilaian Pembelian Dari Kelab Portugal Yang Pernah Beraksi Bersama United

Manchester United meraikan kejayaan menandatangani Bruno Fernandes dari Sporting Lisbon.

Man United dan Sporting menemui kesepakatan dalam urusan perpindahan Bruno Fernandes.

Ianya setelah melalui pelbagai detik sukar, kini Bruno akhirnya berjaya sertai United dengan kesepakatan kedua-dua pihak.

Oleh itu, dengan kejayaan United mendapatkan Bruno Fernandes ke Old Trafford, para penyokong setia United sudah pasti mengharapkan agar Bruno berjaya mengekalkan aksinya yang mantap di Liga Primeira dibawa ke aksi di Liga Perdana Inggeris.

Tetapi jika dilihat kepada perpindahan yang berlaku baru-baru ini yang melibatkan Joao Felix, Renato Sanches, Eliaquim Mangala dan banyak lagi.

Mereka nampaknya berjaya mengekalkan gaya permainan mereka yang bagus dan masih berada dalam aksi terbaik mereka hingga kini.

Tetapi untuk pengatahuan anda, menandatangani pemain bola sepak dari Portugis tidak selalunya menjadi.

United antara pasukan yang paling banyak menandatangani pemain bola sepak dari Portugal.

Bagaimanakah rekod mereka di United?

Red Devils telah menandatangani tujuh orang pemain dari Portugal sejak dalam era Premier League.

Dan mengikut penelitian tentang rekod mereka hasilnya ada yang baik dan yang serba tidak menjadi.

Berikut adalah penilaian ketujuh-tujuh pemain itu

7. Bebe
Perpindahan – Yuran tidak didedahkan dari Vitoria (2011)

Oh baby baby baby jangan kau marah(lirik lagu Aliff Satar kot ni) Sir Alex Ferguson telah menandatangani pemain ini tanpa melihat aksinya terlebih dahulu.

Sehingga jika ditanya kepada peminat Man United sekarang pasti ramai yang tidak sedar bahawa Bebe pernah bermain untuk United.

Bebe hanya membuat tujuh penampilan sepepas debutnya bersama United. Dan itu sahajalah yang boleh diceritakan tentang beliau di United. Beliau akan sentiasa diingati sebagai salah satu pemain paling teruk dalam sejarah United.

Penilaian: 1/10

6. Marcos Rojo
Perpindahan – £16 juta dari Sporting Lisbon (2014)

Rojo bermula dengan mantap di United, tetapi 22 penampilan Liga Perdana yang dibuat ketika musim pertama bersama United tidak pernah dicapai lagi selepas itu.

Bahkan beliau hanya bermain beberapa perlawanan sahaja dalam satu musim sejak ketibaan beliau ke United.

Jika dilihat dua musim terakhir ini pun beliau hanya diturunkan untuk beberapa perlawanan sahaja.

Kecederaan dan aksi yang tidak menentu yang beliau tunjukkan telah membantutkan karier beliau di United.

Penilaian: 4/10

5. Anderson
Perpindahan – £30 juta dari FC Porto (2007)

Jika dilihat tentang Anderson, beliau mengalami waktu yang lebih sukar di United. Reputasi beliau di United lebih sukar dari apa yang sepatutnya beliau miliki.

Peminat United terlalu teruja dengan ketibaan beliau. Dan paling penting harus di ingat bos United telah memelihara beliau selama 8 tahun di United.

Walaupun beliau berjaya memenangi satu Piala di United, itu tidak membuatkan beliau menjadi pemain terbaik yang ditandatangani.

Beliau bertuah kerana bermain dalam generasi emas Manchester United, di mana, sesiapa sahaja boleh menang piala.

Secara individu, beliau tidak menepati harapan dan juga tanda harga.

Penilaian: 5/10

4. Diogo Dalot
Perpindahan – Bayaran tidak dikemukakan dari FC Porto (2018)

Sukar untuk menilai atau menghakimi tahap terbaik beliau sejak dari tiba United. Memandangkan beliau hanya berusia 20 tahun dan hanya beraksi selama tiga musim sahaja bersama United dalam kerjaya profesionalnya.

Tetapi apa yang dapat kami simpulkan adalah beliau sememangnya antara pemain pertahanan muda yang berbakat seperti kata Mourinho.

Minit permainan yang kurang agak sukar untuk beliau membuktikan sesuatu. Tambahan pula United telah melaburkan banyak duit untuk membawa masuk Aaron Wan-Bissaka.

Jadi agak sukar untuk beliau mendapat tempat didalam pasukan utama.

Tetapi mungkin pemain muda Portugal itu boleh mendapat minit permainan yang lebih selepas menjaringkan gol pertama United terhadap Tranmere Rovers dalam pusingan ke empat piala FA yang lalu.

Penilaian: 5.5 / 10

3. Victor Lindelof
Perpindahan – £29.5 juta dari Benfica (2017)

Seperti semua tahu pemain United dari Portugal sering dipertikaikan tentang kualiti dan sumbangan mereka kedalam pasukan.

Tetapi Lindelof kini sedang berada didalam aksi terbaik beliau dan tidak ada yang boleh mengkritik keupayaan beliau setakat ini.

Beliau antara tonggak utama United bagi musim ini dan sentiasa menjadi pilihan untuk kesebelasan utama.

Walaupun beliau jarang melakukan kesilapan mudah untuk barisan pertahanan ada ketika beliau juga akan melakukan kesilapan yang tidak diduga.

Namun lindelof masih lagi pemain yang muda dan beliau pasti akan dapat capai aksi terbaiknya untuk United beberapa musim lagi.

Penilaian: 6/10

2. Nani
Perpindahan: £21.5 juta dari Sporting Lisbon (2007)

Dengan kemahiran yang hebat, Nani adalah antara pemain paling meletup yang berjaya dibawa ke Old Trafford.

Nani banyak menjaringkan gol yang cantik dan sukar untuk dilupakan oleh peminat. Aksinya yang lincah sentiasa mendapat pujian dari pemina.

Secara statistiknya beliau pernah bergelar pemain terbaik Liga Perdana dalam musim 2010/11.

Satu-satunya hal yang agak mengecewakan ialah  pemain sayap itu tidak pernah sampai ke puncak aksinya yang mengasyikkan.

Beliau berada di Liga Perdana terlalu lama dan beliau tersekat di takat yang sama dalam beberapa musim di Liga Perdana.

Penilaian: 8/10

1. Cristiano Ronaldo
Pemindahan: £12.24 juta dari Sporting Lisbon (2003)

Beliau adalah permata paling bernilai yang berjaya dibawa masuk oleh United. Beliau telah memukau semua pihak sejak dari aksi pertama beliau di United lagi.

Aksi beliau sentiasa berkembang positive di United. Untuk tiga musim terakhir di United disitu lah aksi kemuncak karier beliau dalam kancah Liga Perdana. Aksi yang sempurna hingga berjaya memenangi Ballon D’or.

Beliau adalah pemain Portugis yang tiada tandingannya. Beliau telah mencipta rekod sebagai penjaring gol terbanyak Liga Perdana pada tahun 2007/08 dengan 31 jaringan.

Dan ketika musim kedua beliau bersama United, beliau telah berjaya membantu united memenangi Liga Juara-Juara Eropah. Dan Piala Liga Juara-Juara itu adalah yang pertama buatnya sebelom mendapat 5 lagi ketika di Madrid.

Satu hal yang merugikan United adalah mereka tidak pernah menyaksikan Ronaldo mencapai puncak aksinya di kelab itu, sebaliknya menjualnya ke Real Madrid untuk £80 juta dan melihat beliau terus berkembang dan bertambah baik hingga beliau menjadi seorang pemain terbaik di dunia kini, dan antara penyerang terbaik sepanjang zaman.

Kedudukan: 10/10

Itu adalah antara pemain Portugal yang dibawa masuk ke United. Ada yang menjadi dan ada yang tidak menjadi. Risiko sentiasa ada untuk mana-mana pemain pun.

Semoga Bruno Fernandes boleh menjadi seperti Ronaldo dan tidak menjadi seperti Bebe jika beliau dapat beraksi untuk pasukan Red Devils ini.

Sumber/Rujukan: GMS

Baca yang lain