Penilaian Taktikal Jujur Ten Hag: “Kami Bodoh Cross Terlalu Banyak Kepada Ronaldo, Dan Benteng Terlalu Jauh”

Erik ten Hag tidak berselindung dalam penilaian taktikalnya selepas kekalahan Manchester United di tangan Aston Villa.

Dikenali dengan kelantangannya dalam bersuara, sejak di Ajax, dia mengekalkan cara yang sama di Man United sejak mengambil alih.

Terbaru, Ten Hag menganggap pasukannya melakukan perkara bodoh kerana terlalu beriya melakukan hantaran lintang mencari Ronaldo.

Seterusnya dia juga mengkritik secara terbuka kesilapan pemain pemainnya yang mengabaikan perincian kecil yang dianggap remeh, iaitu jarak benteng ketika sepakan percuma Lucas Digne.

United telah mencatatkan sembilan perlawanan yang mengagumkan tanpa kekalahan dalam semua pertandingan sebelum lawatan mereka ke Villa Park.

Namun semaunya tidak berjalan lancar di Villa Park, kerana Villa yang diterajui oleh Unai Emery beraksi dengan bertenaga, menghasilkan persembahan kejam yang sama sekali tidak seperti kebanyakan aksi mereka sebelum ini  dalam Liga Perdana musim ini.

Ten Hag mengecam permulaan pasukannya pada kedua-dua separuh masa, apabila gol daripada Leon Bailey dan Lucas Digne dalam masa 10 minit memberikan pelawat kesukaran untuk mengejar.

Ten Hag berkata: “Kami tewas dalam perlawanan pada permulaan separuh masa pertama, permulaan separuh masa kedua.”

“Itu tidak boleh diterima. Anda perlu bersedia untuk permainan, kami tidak.”

“Kami harus lebih tajam. Saya katakan itu terpulang kepada kami. Terpulang kepada kami. Kami tidak melindungi bola sebaiknya. Kami membiarkan mereka berlari pada permulaan permainan, kami tidak mendapat organisasi yang betul tetapi terutamanya kami tidak mengikut peraturan dalam bertahan dan kami kalah dalam pertempuran [duel].”

Ten Hag mengakui bahawa Aston Villa lebih segar bugar kerana United baru sahaja bermain aksi UEL beberapa hari lalu. Namun untuk pasukan seperti United, ianya tetap tidak boleh diterima.

“Ia tidak boleh diterima. Seseorang pemain perlu bertanggungjawab untuk bersedia. Ia kelihatan seperti mereka lebih segar dan itu masih tidak boleh diterima.”

“Hasilnya jelas [pasukan lebih baik menang]. Itu tidak pernah menipu. Dalam bola sepak, anda mendapat hasil yang anda harus dapat. Hari ini kami tidak cukup bagus.”

“Anda perlu membaca permainan. Anda perlu mendapatkan organisasi yang betul dan tidak melepaskan dua gol.”

“Itu sama sekali tidak perlu kerana kemudian anda perlu kekal bersama, kompak dan memenangi pertarungan anda. Kekal menguasai bola. Itu semua yang kami tidak lakukan dan tidak buat.”

”Ia adalah satu langkah ke belakang. Ini adalah satu proses dan saya tahu ia bukan sahaja akan meningkat. Kemunduran juga akan datang dan kami perlu menanganinya.”

Ten Hag sangat marah dengan cara pasukannya bertungkus-lumus dalam percubaan mereka untuk mendapatkan Cristiano Ronaldo – kapten United dalam pertemuan kali ini.

Pemain pemain United cuba sedaya upaya melakukan hantaran silang agar mereka dapat bangkit.

“Saya fikir ia adalah bodoh untuk melakukan itu [sering mencari Ronaldo di udara],” kata Ten Hag.

“Kami menghantar terlalu banyak hantaran awal dari jarak terlalu jauh. Terdapat terlalu banyak desakan dan kami tidak perlu melakukannya.”

“Kami perlu mencari hantaran lintang pada saat yang tepat. Saat yang tepat ialah apabila Christian Eriksen melakukannya pada separuh masa pertama, dan saat itu apabila dia menemui Cristiano di dalam poket di tiang jauh.”

“Itulah [contoh] saat yang tepat.”

Bercakap tentang benteng ketika gol Lucas Digne, Ten Hag berkata gol itu boleh dibendung jika mereka tidak membina benteng terlalu jauh.

“Saya rasa sepakan percuma itu boleh dihalang kerana bentengnya terlalu jauh [sebab itulah ianya masuk].”

“Okay, itu hanya perincian kecil tetapi perincian yang membuat perbezaan dalam bola sepak tertinggi.”

“Perincian adalah sangat penting bagi kami, namu oleh sebab kami tidak segar [maka kami hilang fokus].”

Baca yang lain