Penipuan TCH Dan Kehebatan Indonesia Antara 5 Perkara Daripada Aksi Malaysia 1 Indonesia 4

Malaysia kena bantai dengan Indonesia di Stadium Nasional Singapura dengan kekalahan 1-4.

1. Irfan Jaya membuli Malaysia

Irfan Jaya menjaringkan dua gol dalam perlawanan ini. Beliau ternyata menjadi pembuli utama Malaysia terutama sekali pada separuh masa pertama.

Kematangan Irfan Jaya dalam perlawanan ini sangat luar biasa. Dia memberitahu pemain Malaysia, apa itu cara bermain Derbi Nusantara. Bermain dengan jiwa, persiapan teknikal dan tak membazir peluang.

Irfan menjaringkan gol pertama yang sangat penting untuk pasukannya selepas mereka ketinggalan. Dan kemudian meletakkan pasukannya di hadapan sebelum rehat.

2. Tengah Malaysia lemah

Ricky Kambuaya menjadi raja di tengah bersama dengan rakan rakannya. Dia mengawal tengah dengan cukup stabil.

Lihatlah macamana Kambuaya menjadikan aksi sepanas ini sebagai sesi latihannya. Dia melakukan Dummy yang sebenarnya tak masuk akal.

Macamana dia boleh terlepas sangat mudah? Dia tahu bahawa inilah malamnya untuk melakukan benda macam ni.

3. Kecergasan

Beza sekali apabila pasukan dengan 30 peemian dengan 24 pemain. Mereka merencana perlawanan ini dengan mudah sejak awal lagi sebab boleh switch dan swap pemain mereka atas keperluan taktikal dan juga teknikal seperti menyuntik tenaga baharu.

Malaysia pula sebelum perlawanan meratib nama Dion Cools sebagai harapan selepas dia pemain bek tengah cedera.

Cools yang baru tiba terus diberikan tempat bergandingan dengan Junior Eldstal. Kitq tiada pilihan.

Indonesia jelas pasukan lebih cergas. Mereka membuat penggantian yang membawa tenaga baharu ke dalam pasukan. Kita membuat pertukaran kerana terpaksa dan panik.

4. Tan Cheng Hoe menipu

Ternyata Tan Cheng Hoe menipu kita semua apabila dia menyatakan bahawa dia sudah menganalisis lawannya dengan teliti dan sudah sedia dengan taktikal.

Kalau setakat analisis untuk perlawanan Indonesia dalam pertandingan ini, itu bukan analisis yang komprehensif.

Kalah dengan persiapan taktikal yang baik adalah berbeza dengan kalah seperti ini. Ramai pemain yang tak tahu buat apa.

Lihat persiapan Vietnam. Mereka menyatakan sudah scouting dan menganalisis lenhkap Malaysia sejak berbulan bulan lamanya. Follow liga mereka.

Dalam perlawanan ini jelas Shin Tae Yong yang benar benar bersedia lebih baik. Dia ad adua set taktikal berbeza. Taktikal dengan back 5 ketika bertemu Vietnam dan taktikal yang ofensif menentang Malaysia.

Staf kejurulatihan Indonesia lebih buat kerja berbanding dengan kita. Mungkin kita lebih baik dalam promosi G-Shock selaku rakan penaja AFF dan Harimau Malaya.

5. Indonesia ini versi yang menggerunkan

Jika sebelum ini Indonesia seringkali spoil mereka sendiri. Selalu keletihan pada separuh masa kedua selepas all out separuh masa pertama.

Kali ini mereka memiliki pasukan yang boleh mengekalkan stamina lebih lama. Walaupun pada akhir kalau nak nampak juga mereka keletihan. Biasalah tu pemain Asia Tenggara.

Tetapi mereka memanfaatkan buat pesan untuk melakukan pertukaran untuk kecergasan.

Mereka kali ini lebih baik dari segi taktikal dan disiplin berpasukan. Mereka membuktikan bahwa mereka pasukan yang sulit bertahan parking bas.

Pada masa yang sama, statistik gol mereka di peringkat kumpulan membuktikan bahwa mereka adalah pasukan yang benar-benar mengancam di hadapan gol.

Rumusan

Selaku penyokong pasukan Malaysia sememangnya kita tak mahu kalah perlawanan ini. Namun apabila kita bercerita dari segi kesukanan dan siapa yang lebih berhak untuk mara, jawapannya cuma satu, Indonesia.

Dengan persiapan yang cara merba. Malaysia selayaknya akur dengan apa yang mereka dapat. Kerana jika kita mara lebih jauh, keburukannya lebih teruk di masa hadapan.

Kerana akan ada pihak menyatakan bahawa kita di landasan betul. Membawa 24 pemain sahaja. Dan kemudian memanggil pemain yang rendah minit perlawanan.

Meletakkan pemain di weaker position walaupun dia struggle teruk. Kalau macam Milner tak apa la kan?

Itu semua dosa dosa dalam taktikal bola sepak yang kita buat dan mengundang bala. Dalam erti kata lain kita sendiri cari penyakit, bak kata Coach Vietnam.

Baca yang lain

Real Madrid Singkir Juara Bertahan!

Real Madrid menyingkirkan juara bertahan Manchester City dari saingan UCL awal pagi tadi. Skuad Carlo Ancelotti sekali membuktikan bahawa Real Madrid dan