Kem Belgium terus bergolak. Kini giliran penjaga gol utama mereka Koen Casrteels umumkan persaraan daripada skuad kebangsaan. Casteels umum persaraan menerusi sesi podcast MidMid.
Dia jelas kecewa apabila Thibaut Courtois umumkan keluar persaraan antarabangsa dan kembali ke pangkuam Red Devils.
Casteels adalah penjaga gol utama untuk Belgium pada Kejohanan Eropah yang lalu, tetapi kini Thibaut Courtois pasukan kebangsaan. Casteels jelas sukar menelan perkara itu.
Jumaat depan, Rudi Garcia akan mengumumkan pemilihan pertamanya untuk Red Devils, tetapi pengurus itu tidak akan dapat memanggil Koen Casteels.
Casteels (32) telah memutuskan untuk menarik diri, walaupun dia adalah nombor 1 yang tidak tidak dicabar untuk Belgium sepanjang ketiadaan Courtois.
Penjaga gol Real Madrid itu sebelum ini mengumumkan persaraan di peringkat antarabangsa selepas kurang menerima dirinya tidak dilantik menjadi kapten tetap atau timbalan kapaten untuk Belgium selepas persaraan Eden Hazard.
Dia awalnya terpaksa menerima pemilihan Kevin De Bruyne sebagai ketua pasukan. Dan dia kemudian berharap akan menjadi timbalan kapten untuk negarany
Namun Tedesco telah menamakan Lukaku sebagai kapten Belgium ketika Kevin De Bruyne tidak dapat beraksi. Tindakan itu benar benar mengguris hati Courtois yang terus menarik diri daripada pasukan kebangsaan.
Tedesco mendedahkan sebenarnya dia mahu menggilirkan Lukaku dan Courtois sebagai kapten skuad kebangsaan pada tugasann kali itu. Namun penjaga gol Real Madrid itu sudah meninggalkan kem Belgium.
Courtois menyatakan dia tak akan bermain untuk Belgium selagi lagi Domenico Tedesco menjadi pengurus skuad kebangsaan. Ini kerana menurutnya, pengurus itu tidak menghormatinya sebagai pemain senior dan antara penjaga gol terbaik dunia ketika itu.
Thibaut Courtois failed to report for international duty with Belgium after Romelu Lukaku was named captain ahead of him for the draw with Austria. pic.twitter.com/NOiL4p30A4
— Football Talk (@FootballTalkHQ) June 19, 2023
Pada Euro 2024 lalu, Tedesco memutuskan untuk tidak memanggil Courtois kerana pemain itu baru sahaja kembali cergas selepas berehat panjang kerana kecederaannya. Courtois bengang kerana sebelum itu dia kembali beraksi dalam aksi aksi terakhir La Liga dan kembali ke dalam aksi final UCL.
Courtois merasakan keputusan Tedesco itu kerana pengurus itu masih sakit hati dia meninggalkan kem kebangsaan pada Jun 2023 kerana perbalahan isu kapten.
Dan Courtois umumkan persaraannya daripada skuad kebangsaan. Dengan berterus terang menyatakan konflik dia dengan Tedesco menjadi punca.
Dengan kini Belgium diuruskan Rudi Garcia, penjaga gol no.1 Madrid itu mengumumkan dia keluar persaraan.
Dan selepas itu, giliran Koen Casteels pula dilaporkan tak gembira dan mengumumkan persaraannya. Kerana pemain itu sebelum ini dianggap tidak profesional meninggalkan skuad kebangsaan. Dia menganggap FA Belgium melayan Courtois double standard.
Dalam siaran podcast MidMid, dia berkata: “Pertama sekali, saya rasa agak pelik bahawa Courtois boleh membuat keputusan sendiri untuk kembali. Persatuan bola sepak sedang memusingkan keretanya 180 darjah dan melancarkan permaidani merah untuknya.
“Dia kini dialu-alukan kembali dengan tangan terbuka, walaupun tindakan itu tetap sama. Malah, tiada apa yang berubah. Saya tidak terlalu menyalahkan Thibaut, tetapi persatuan bola sepak.
“Ini tidak sesuai dengan standard dan nilai yang saya percaya sesuai untuk sukan berpasukan atau organisasi sukan.
“Sebab itu, setakat hari ini, saya tidak lagi menyertai pasukan kebangsaan. Saya tidak boleh pergi ke pasukan kebangsaan tanpa hati nurani yang bersih dan berjabat tangan dengan orang di sana dan berkata dengan senyuman lebar: ‘Semuanya baik-baik saja.’
🇧🇪🧤 Koen Casteels prend sa retraite internationale! Il en explique les raisons dans cette vidéo. #DiablesRouges
🎥 @playsports pic.twitter.com/jZ4f95HYtZ
— Sacha Tavolieri (@sachatavolieri) March 9, 2025
Casteels berjaya mencatatkan 20 perlawanan antarabangsa, yang telah dikumpulnya antara 2013 dan sekarang. Musim panas lalu dia berpindah dari Wolfsburg ke Al-Qadsiah di Arab Saudi.