Indonesia menang bear 6-0 ke atas Brunei Darussalam dalam aksi Kelayakan Piala Dunia 2024 di Stadium Utama Gelora Bung Karno.
Dimas Drajad mencetak hatrik dalam perlawanan ini sementara itu Ramadhan Sananta mencetak 2 gol. 1 lagi gol menerusi Rizki Ridho.
Brunei Darussalam sangat jarang menyerang ke kubu Indonesia dan membuatkan penjaga gol Garuda, Nadeo Argawinata menyatakan bahawa perlawanan ini tidak cukup mencabar untuknya.
Dia tidak letih menentang skuad Brunei Darussalam yang kini berada di ranking ke-191 dunia. Statistik Nadeo juga menunjukkan dia benar benar menjadi pemantau dari belakang.
📊🇮🇩 Statistik Nadeo Argawinata vs Brunei.
Di laga kemarin, Brunei hanya catatkan 1 shot, itupun off Target.
📸@lapangbolastats pic.twitter.com/ryVBkbJR2c
— FaktaBola (@FaktaSepakbola) October 13, 2023
Namun penjaga gol itu menegaskan bahawa dia tetap kekal fokus 100% di atas padang. Buktinya dia berterusan menjerit kepada rakan rakannya di atas padang agar mereka juga kekal fokus dalam perlawanan yang dianggap agak mudah itu.
Penjaga gol Borneo FC itu berkata: “Mungkin saya kurang letih hari ini kerana kurang serangan daripada lawan. Walaubagaimanapun, kami kekal berhati hati untuk mengelakkan gawang kami daripada bolos. Kami tetap fokus dan mengerah tenaga kami.”
“Saya masih perlu berteriak sepanjang masa untuk mengorganisasi pasukan dan perkara seperti itu. Sehinggakan saya dah hilang suaranya.”
Indonesia akan sekali lagi menentang Brunei dalam aksi kedua di antara kedua dua pasukan pada 17 Oktober akan datang di Stadium Sultan Hassanal Bolkiah.