Penjara Di Paraguay Adakan Acara Futsal Sebab Ada Ronaldinho

Semalam telah tular gambar senyuman Ronaldinho ketika berada di penjara di Paraguay.

Beliau dilayan dengan baik oleh polis dan warden di sana. Ronaldinho ditempatkan di sel khas. Bukannya dipenjara bersama banduan yang lain.

Ini kerana kerajaan Paraguay menghormati beliau. Lagipun niat dia masuk ke Paraguay adalah demi kebajikan anak anak kurang upaya.

Cuma cara masuk tu yang tak betul. Ronaldinho dan abangnya ditangkap kerana menggunakan pasport palsu untuk masuk ke Paraguay.

Tak tahu apa dalam fikiran Ronaldinho memakai pasport yang ada warganegara Paraguay. Sedangkan satu dunia kenal dia orang Brazil.

Pertandingan Futsal

Ketika Ronaldinho di penjara, pihak pengurusan penjara tersebut telah mengadakan satu pertandingan futsal.

Mereka tak mahu melepaskan peluang beraksi menentang bekas pemain terbaik dunia dan antara pemain futsal terbaik di dunia ketika ini.

Ronaldinho memang masih aktif bermain futsal dengan skil dan kepaduan beliau yang masih melekat.

Pertandingan futsal itu memang acara tahunan di penjara tersebut. Dianjurkan enam bulan sekali.

Namun demi Ronaldinho ianya diawalkan. Seramai 194 orang banduan menyertai pertandingan itu tanpa penglibatan polis.

Mereka dibahagikan kepada 10 pasukan. Namun pegawai penjara menyatakan mereka tidak begitu menggalakkan Ronaldinho menyertai pertandingan itu.

Tak pasal pasal Ronaldinho terlalu mengayamkan banduan di situ, sehingga ada yang koyak.

Namun tidak menolak kemungkinan juga, Ronaldinho akan terlibat.

Ronaldinho ditahan

Legenda bola sepak, Ronaldinho dilaporkan telah ditangkap di Paraguay kerana didakwa menggunakan pasport palsu ketika memasuki negara tersebut.

Pasport dilaporkan ditemui di bilik hotel mereka, memiliki maklumat peribadi kedua – dua mereka yang tidak tepat. Di mana menurut pasport itu, mereka berdua berkewarganegaraan Paraguay.

Pasport palsu mereka menunjukkan nama sebenar, tempat kelahiran, dan tarikh lahir – semuanya tepat. Cuma satu bahagian yang sangat pelik, menyatakan mereka adalah orang Paraguay.

“[Ronaldinho dan abangnya] tidak ditahan, mereka masih berada di bawah siasatan kehakiman dan mereka perlu memberi keterangan.

Selepas ini akan diputuskan sama ada mereka akan ditangkap atau tidak,” kata Menteri Dalam Negeri Paraguay Euclides Acevedo kepada ESPN Brasil.

Ada yang berseloroh di Twitter menyatakan bahawa, memang agak kurang bijak Ronaldinho yang memalsukan kewarganegaraannya kerana semua orang kenal dia

Bekas pemain Barcelona kini tidak mempunyai pasport Brazil kerana ianya telah ditahan sebelum ini kerana menjalankan aktiviti menangkap ikan tanpa lesen di Brazil.

Jadi beliau cuba memakai pasport Paraguay. Entah kenapa dia berbuat begitu.

Kedua-duanya gagal membayar denda £6.5 juta dan dihalang meninggalkan negara itu oleh Mahkamah Keadilan Superior Brazil. Oleh sebab itu pasport mereka ditahan

Ia tidak menghentikan pemenang Piala Dunia daripada dilantik sebagai salah seorang duta pelancongan negaranya.