Penjelasan Arteta Dengan Teori Matematik & Kebarangkalian Rumit Yang Membuatkan Semua Terkedu

Pengurus Arsenal mengeluarkan kenyataan yang penuh dengan data dan matematik untuk menjelaskan tentang prestasi semasa pasukan Arsenal di dalam kempen Liga Perdana Inggeris ketika ini.

Arsenal tewas 1-2 di Goodison Park di tangan Everton pada Ahad. Membuatkan mereka berada di kedudukan ke-15. Arsenal gagal menang sebarang aksi liga sejak 1 November.

Skuad bimbingan Mikel Arteta hanya mendapat 2 mata daripada 7 perlawanan terakhir.

Mereka juga menjadi salah satu pasukan paling sedikit gol dengan 12 sahaja daripada 14 perlawanan setakat ini.

Arteta kemudian memberikan penjelasan yang penuh teka teki dan ramai peminat Arsenal sendiri tidak keruan memikirkan kenyataan tersebut.

Arteta berkata: “Musim lepas kami menang menentang Everton dengan 25% peluang kemenangan kami masa tu. Dan kami menang 3-2.”

“Minggu lalu, peluang kami menang adalah 67% dalam mana mana perlawanan Liga Perdana dalam sejarah, dan 9% sahaja peluang kalah, dan kamu kalah.”

Menurut Arteta lagi, ianya bukan semata mata berkaitan dengan prestasi di atas padang. Ada benda lain yang perlu memihak kepada pasukannya dan buat masa ini ianya tidak [memihak kepada Arsenal].

“3% menentang Burnley dan kamu kalah, 7% berdepan Spurs dan kamu kalah.”

“Ada perkara lain selain daripada perkara tersebut. Ianya bukan hanya berkaitan aksi di atas padang. Ianya ada perkara lain yang sepatutnya berpihak kepada kita.”

“Namun pada masa sekarang ini, ianya tidak berlaku.”

“Saya menyatakannya, tidak kisahlah kamu kalah, dan satu satunya perkara yang penting adalah kamu kalah perlawanan bola sepak, dan ini yang kita dengar.”

Walaupun apa jua rumus matematik yang menjurus kepada statistik, Arteta tetap dalam tekanan ketika ini.

Peminat Arsenal menagih prestasi yang lebih baik dan bukan berterusan mendengar ‘percayakan proses’.

Seterusnya Arteta juga cuba menjelaskan logik di sebalik analisis statistikal beliau dan percaya, Arsenal tak cukup efisien di hadapan gol membuatkan mereka gagal mendapat kemenangan.

“Setiap kemungkinan dalam bahagian tertentu yang boleh berlaku dalam perlawanan Liga Perdana dipertimbangkan dari segi; apa yang benar-benar mempengaruhi hasil akhir dan apa yang berlaku lebih dari 96 minit,” tambahnya.

“Dan ia berjaya. Tetapi bola sepak tidak seperti bola keranjang di mana anda melakukan percubaan 50 kali dan lawan melakukan sekali percubaan sehingga anda menang setiap aksi.”

“Ia tidak berfungsi seperti itu dalam bola sepak. Ia boleh menjadi sebaliknya.”

“Kami tewas 1-0 menentang Burnley yang melepaskan kosong percubaan tepat [on target] dari lawan kami. Malangnya itu berlaku dalam bola sepak dan anda mesti dapat mengawal perkara-perkara itu.”

“Ini agak sukar tetapi saya memberitahu kamu tahun lalu bahawa kami memenangi perlawanan dengan kadar 25 peratus peluang untuk menang, tetapi kami begitu cekap ketika masuk ke dalam kedudukan tersebut.”

“Tetapi jika anda terus-menerus dalam jangka masa 60 dan 70 (peratus) anda akan memenangi lebih banyak perlawanan dan inilah yang harus kita cuba lakukan dan mengekalkannya dan terus bertambah baik kerana selalu ada sebab mengapa anda tidak menang. Itulah yang harus kita ubah.”