Bekas pengadil kebangsaan, Subkhiddin Mohd Salleh tampil memberikan pandangannya tentang insiden penalti yang diberikan pengadil Jepun, Ryuji Sato kepada Vietnam,
Ini selepas pengadil mendakwa pemain Malaysia melakukan kekasaran berhampiran kotak penalti.
Sebelum ini, saya dah tulis 3 situasi pengadilan yang mungkin. Dan penjelasan Subkhiddin ni mirip kepada pandangan ketiga yang saya jelaskan,
Dalam artikel sebelum ini saya menulis:
Situasi 3: Bagaimana kekasaran pemain Vietnam?
Tetapi sebelum kekasaran oleh Azam Azmi tersebut, pemain Malaysia itu dirempuh dengan keras oleh pemain Vietnam yang berkemungkinan insiden itu seharusnya memberikan foul kepada Malaysia. Mungkin perkara ini yang boleh diperdebatkan sebenarnya.
Adakah Malaysia yang seharusnya mendapat sepakan percuma lebih awal? Kerana rempuhan daripada pemain Vietnam itu bersifat kekasaran lewat ataupun late challenge.
Jika pengadil menilai kekasaran awal itu, maka dia boleh memberikan foul dan sepakan percuma kepada Malaysia, namun dia berhak untuk membuang Azam Azmi dengan kad merah jika dia mendapati pemain itu melakukan serangan ke atas pemain Vietnam secara fizikal.
Boleh ke bagi kad merah kepada pemain Malaysia walaupun foul dilakukan pemain Vietnam? Boleh, untuk sebarang serangan fizikal yang dianggap keterlaluan ataupun ganas, maka pengadil berhak membuang padang mana mana pemain walaupun mereka mendapat sepakan percuma sekalipun.
Jadi, pada pandangan anda, adakah pengadil membuat keputusan tepat atau sebaliknya?
Apa yang pasti prestasi Ryuji Sato dalam perlawanan ini memang tidak begitu memuaskan. Misalnya insiden ini yang tidak mendapat sebarang kad.
Doan Van Hau is the dirtiest player of the match👎#AFFMitsubishiElectricCup2022 @FIFAcom
Vietnam vs Malaysiapic.twitter.com/5pKLOFBMJ0— follback (@kekasihyiren) December 27, 2022
Baiklah, ini adalah penjelasan Subkhiddin yang menjelaskan bahawa bukan perkara yang ajaib pengadil memberikan penalti untuk insiden berada di luar kawasan permainan berhampiran kotak penalti.
Beliau menyatakan, untuk insiden seperti itu, pengadil berhak memulakan perlawanan dengan sepakan penalti.
Namun Subkhiddin mempersoalkan cabaran keras dan bahaya dikenakan pemain Vietnam ke atas pemain Malaysia.
Di mana Malaysia berhak mendapat sepakan percuma daripada situasi itu. Dan tiada masalah untuk pengadil memberikan kad merah ke atas pemain Malaysia jika dia merasakan Azam Azmi ada melakukan tindakan retaliation yang bahaya.
Informasi pertama oleh pengadil seharusnya tentang cabaran bahaya pemain Vietnam. Dan kemudian barulah retaliation oleh pemain Malaysia. Jika perlu kad merah, maka kad merah. Namun dari sudut ini, maka Malaysia berhak mendapat sepakan percuma.
Dengarkan di sini:
" Mungkin pengadil terlepas pandang insiden pertama pemain Vietnam "
Bekas pengadil FIFA , Subkhiddin Mohd Salleh memperjelaskan insiden penalti dan kad merah , Azam Azmi
Saksikan perjelasan lebih lanjut di Youtube Astro Arena pic.twitter.com/k4cd4HcOXj
— ASTRO ARENA (@ASTROARENA) December 27, 2022