Penjelasan Ten Hag Tentang Impak Gol Arsenal Yang Dibatalkan Dan Prestasi Antony

Erik ten Hag meraikan satu lagi kemenangan yang bermakna, kali ini ke atas Arsenal, tetapi berharap untuk mendapatkan lebih banyak lagi daripada pasukannya dalam perlawanan yang akan datang.

The Reds mempamerkan semangat juang untuk meraih keputusan 3-1 menentang pendahulu Liga Perdana Inggeris, dengan dua gol daripada Marcus Rashford dan satu gol pembukaan daripada pemain yang melakukan debut, Antony.

Ten Hag gembira dengan kemenangan pasukan itu, tetapi menegaskan dia masih menagih peningkatan, dengan menyatakan “baik sahaja masih belum cukup baik.”

Dia turut menjelaskan pandangannya bagaimana gol Arsenal yang dibatalkan itu sebenarnya telah menyentak sedikit keyakinan mereka. Di mana para pemain United kelihatan mulai risau dengan ancaman lawan.

Di mana Ten Hag berkata, kehilangan ketenangan seperti itu adalah tidak perlu ada dalam diri mereka.

Ten Hag berkata: “Saya fikir permulaan kami sangat baik. Saya rasa ia adalah sepuluh minit pertama yang terbaik setakat ini. Kami benar-benar dominan di kawasan lawan. Dan kemudian gol mereka [Arsenal] yang dibatalkan daripada serangan pantas, kami mengalami sedikit kehilangan ketenangan dan itu sepatutnya tidak perlu berlaku.”

“Kami perlu masuk dalam permainan, teruskan, bermain permainan kami dan setiap hari kami belajar itu. Dan seperti yang anda lihat, terdapat pasukan yang baik di atas padang, semangat berpasukan yang baik.”

Namun kemudian, Ten Hag memuji semangat juang para pemainnya yang kembali semula ke dalam pertarungan.

Beliau menambah: “Juga dengan tekanan [pressing], mungkin mereka tidak melakukan rutin yang bagus sepanjang masa, tetapi mereka [pemain] berjuang, mereka bangkit semula. Arsenal mencipta peluang, tetapi saya rasa kami juga melakukannya, terutamanya pada waktu rehat. Kami menjaringkan gol yang hebat.”

Ditanya tentang peluang peluang gol yang dicipta Arsenal, adakah Ten Hag risau dengannya? Pengurus it berkata: “Ya, [tetapi] risau adalah perkataan yang besar.”

“Saya tahu barisan pertahanan kita boleh menanganinya. Tetapi saya tahu mereka [Arsenal] mempunyai banyak kreativiti, dan saya katakan mereka mempunyai rutin yang baik.”

“Tetapi kami boleh melakukan perkara yang lebih baik. Pemain pemain kami tidak lama bersama seperti Arsenal. Dan apabila kami berjaya melakukannya, kami akan lebih selesa dalam permainan dan itulah yang perlu kami usahakan. Dan itu adalah kerja keras. Jadi, masih banyak ruang untuk penambahbaikan.”

Komen tentang impak segera Antony.

Ten Hag: “Saya rasa kita sudah melihat betapa bahayanya ancaman daripada dia. Kepantasan dan kreativiti adalah ancaman sebenar dalam Liga Perdana Inggeris. Dan dia adalah sebahagian daripadanya. Dan saya rasa kami [sebelum ini] ketiadaan pemain di sayap kanan kerana semua pemain yang boleh bermain di sana seperti Jadon Sancho, seperti Marcus Rashford, lebih suka bahagian tengah atau kiri.”

“Kini, kami mempunyai pemain yang boleh bermain dengan sangat baik di bahagian sayap kanan, jadi kami sudah mendapat pautan yang hilang itu. Kini, persembahan pertama hari ini di sini, dia melakukannya dengan baik, tetapi dia boleh meningkatkannya lagi.”

“Saya kenal dia sejak dari Amsterdam. Saya tahu ini adalah liga yang berbeza, tetapi ada potensi dan dia akan mendapatkannya.”

“Dia akan menjadi lebih baik daripada hari ini. Tetapi saya akan katakan hari ini, ia adalah gol yang hebat. Walaupun, saya mesti menyebut semua gol hari ini adalah gol pasukan.”

Ditanya tentang perubahan pesat selepas dua kekalahan awal, Ten Hag menjawab:

“Ada proses. Kamu kena bangkit. Setiap hari, berada dalam standard yang tinggi. Itu tuntutan saya, tuntutan daripada jurulatih jurulatih saya. Dan saya fikir juga pemain dalam pasukan kami mempunyai tuntutan itu. Sudah ada ramai pemain dalam pasukan yang telah memenangi banyak trofi, dan mereka harus membawanya ke dalam bilik persalinan.”

“Setiap hari, dapatkan yang terbaik daripada anda, dan kami menuntutnya daripada satu sama lain.”

“Sudah tentu. Saya mesti katakan Arsenal bermain dengan baik, tetapi kami bertahan dengan baik. Dan saya tidak pernah merasakan mereka akan menghancurkan kami. Dan mereka mempunyai penguasaan yang baik, banyak pergerakan dan kreativiti. Tetapi kami mempunyai barisan pertahanan yang baik, tetapi kami bertahan sebagai satu pasukan dengan kesemua sebelas [pemain].”

“Namun begitu, kami boleh mempunyai organisasi yang lebih mendesak [pressuring] lawan, kita boleh menjauhkan mereka daripada kawasan gol kita dan mengawal mereka dengan baik. Kami memerlukan lebih sedikit ketenangan pada bola. Dan anda boleh mengawal dan menguasai permainan dengan lebih banyak lagi.”

Baca yang lain

TERKINI: Barca Kekal Kepimpinan Xavi

Xavi Hernandez akhirnya setuju untuk terus kekal di Barcelona. Semalam laporan Mundo Deportivo menyebut bahawa pengurus itu berjumpa dengan pengurusan tertinggi di