Pentagon Sahkan Video UFO Milik Alien, Ada Kaitan Dengan Maradona Ke?

Pentagon merilis tiga video rahsia milik Tentera Laut Amerika Syarikat (AS) yang menunjukkan rakaman Unidentified flying object / UFO ataupun pesawat alien.

Video yang dirakam melalui kamera infrared tersebut memperlihatkan UFO yang terbang dengan kepantasan luar biasa.

Sebelum ini, pada September 2019, Tentera Laut AS turut mengesahkan bahawa video itu adalah sahih.

Namun begitu pada kali ini Angkatan Tentera Laut AS secara rasmi telah merilis video tersebut kepada umum.

Langkah itu diambil untuk menjelaskan salah faham orang ramai.

Dua dari tiga video tersebut dikeluarkan oleh New York Times pada Disember 2017 dan satu lagi dikeliarkan oleh The Stars Academy of Arts & Sciences pada Mac 2018, sebuah perusahaan yang ditubuhkan oleh bekas ahli kumpulan Blink-182 — Tom DeLonge.

Pentagon menambah: “Ini adalah utuk menjelaskan kesalahfahaman awam tentang apakah rakaman yang telah berlegar di alam maya itu nyata atau tidak, atau ada lebih banyak video,” kata jurucakap Pentagon, Sue Gough.

“Fenomena di udara yang dilihat di dalam video tetap dilabel sebagai objek tidak dikenali,” tambah Gough.

ABC News melaporkan bahawa video tersebut dirakam oleh seorang pelatih penerbangan pada 2004 dan 2015.

Bercakap kepada CNN pada 2017, salah seorang pilot yang melihat UFO tersebut mengatakan objek yang tidak dikenali tersebut bergerak dengan cara yang tidak mampu untuk digambarkan dan diungkapkan dengan kata-kata.

“Ketika saya melihat lebih dekat, benda itu dengan cepat memecut ke selatan, dan menghilang dalam masa kurang dari dua saat.”

“Pergerakannya sangat laju, seperti bola ping pong, memantul dari dinding. Seolah-oleh ia akan melanggar dan melantun ke arah lain,” kata pesara pilot Angkatan Laut AS, David Fravor.

Pentagon sebelum ini menyatakan bahawa rakaman penemuan UFO itu sebagai sebahagian rahsia kerajaan yang disimpan oleh sebuah organisasi khas.

Pentagon juga mengesahkan bahawa program menjejak UFO dilancarkan pada 2007 dan berakhir pada 2012 karena mereka menilai ada perkara lain yang lebih penting dan memerlukan dana.

Mantan ketua program rahasia tersebut, Luiz Elizondo pada 2017 memberitahu CNN bahawa beliau secara peribadi percaya bahawa manusia tidak hanya berseorangan di bumi ini. Namun ada makhluk asing yang berada di sekeliling kita.

Sebelum ini Diego Maradona memberitahu beliau pernah diculik oleh Alien dan disumbat ke dalam UFO.

Adakah ianya ada kaitan dengan alien alien ini?