Pasukan gergasi Sepanyol Barcelona mengeluarkan laporan kewangan tahunan mereka pada hari Isnin lalu. Dan jelas menunjukkan Barcelona sedang bergelut teruk dengan kewangan kelab mereka.
Barcelona masih berhutang sangat banyak dan mereka kini berhutang dengan 19 kelab lain dengan jumlah keseluruhan £112 juta (€126 juta) untuk bayaran perpindahan pemain.
Philippe Coutinho bergabung dengan kelab yang berpangkalan di catalan dari Liverpool dengan bayaran sekitar £142 juta, menjadikannya pemain termahal sepanjang zaman dalam sejarah untuk perpindahan dibayar kelab Sepanyol.
Perpindahan pemain Brazil ke Barcelona agak kurang menjadi di atas padang. Dan ia memburukkan lagi keadaan, di mana kesepakatan Coutinho itu masih menyumbang kepada sebahagian besar hutang kelab.
Seperti yang dinyatakan di dalam laporan kewangan kelab, pihak Ronald Koeman kini berhutang dengan Liverpool sebanyak £28 juta (29 juta euro) untuk pemain berusia 28 tahun tersebut.
Selepas hutang Coutinho, Blaugrana berhutang dengan Ajax £ 14 juta (€ 16 juta) untuk Frenkie de Jong, Bordeaux £ 8,8 juta (€ 9,9 juta) untuk Malcom dan Gremio £ 7 juta (€ 7,9 juta) untuk Arthur Melo.
Agak menarik kerana Melo dijual terlebih dahulu sebelum harganya dibayar langsai. Arthur ditukarkan dengan Pjanic yang merupakan opsyen lebih murah dari segi gaji.
Barca telah dikaitkan dengan Gini Wijnaldum Liverpool dan Eric Garcia dari Manchester City, dua pemain yang kini berada dalam enam bulan terakhir kontrak mereka. Dan boleh didapatkan secara percuma.
Tetapi menurut Koeman, agak sukar untuk mendatangkan bintang tersebut ke Barca kerana melihat situasi kewangan semasa kelab.
Koeman berkata: “Kami kekurangan pemain [squad depth], tetapi keadaan ekonomi kelab adalah faktor terpenting.”
“Saya fikir kita semua berfikir perkara yang sama. Sekiranya tidak ada nama baru yang tiba, saya akan menerimanya dan kami terus meneruskannya.”
“Kami telah membuat kesimpulan bahawa jika dia (Garcia) adalah pemain yang kontraknya berakhir, kita harus menunggu. Sekiranya kami mahukan dia sekarang kami harus membayar yuran perpindahan ditambah dengan gaji pemain. ”
Barcelona berhutang hampir €1 billion
Walaupun Barcelona kelihatan mewah dari luaran. di sebaliknya kelab Catalan tersebut kini menanggung beban hutang hampir €1 billion.
Impak daripada covid-19 dengan beraksi di stadium kosong membuatkan Barcelona kini bergelut untuk mengimbangi modal yang mereka keluarkan ketika menandatangani pemain pemain mahal. Terutama sekali 3 pemain berharga lebih €100 juta setiap seorang.
Mereka ialah Philippe Coutinho, Antoine Griezmann dan Ousmane Dembele. Musim lalu Barcelona gagal mendapatkan hadiah kejuaraan walaupun daripada 1 piala sekalipun.
Barcelona kini dalam risiko muflis jika beban hutang mereka semakin teruk. Oleh sebab itu hierarki tertinggi kelab mereka tidak menerima cadangan untuk menangguhkan lagi pemilihan presiden baharu.
Sebelum ini ramai pihak meminta pemilihan presiden itu ditangguhkan kerana wabak. Namun Barcelona tidak ada banyak pilihan. Mereka perlukan penentu dasar yang baru di kerusi presiden.
Daripada hutang hampir €1 billion itu, €420 juta daripadanya perlu dilunaskan dalam 12 bulan akan datang. Buat masa ini, agenda utama calon presiden Barcelona adalah untuk mengeluarkan Barcelona daripada krisis kewangan yang teruk dan mengelak muflis.
Sportsmole melaporkan, kesemua calon presiden kelab telah berjanji untuk mengurangkan kos gaji pemain dan pegawai. Sama ada menjual pemain ataupun berunding merombak kontrak pemain untuk dikurangkan gaji.
Barcelona musim lalu kerugian €100 juta, menambah angka hutang sebelum ini yang sudah €400 juta. Barcelona juga berdepan kerugian sekitar €400 juta lagi kerana tiadanya penyokong masuk ke stadium.
Biasanya mereka menjana sekurang kurangnya €320 juta daripada kehadiran penyokong. Angka itu sangat tinggi.
Lebih teruk, gaji pemain Barcelona untuk Januari tahun ini yang merupakan penggal baharu pembayaran gaji juga masih belum dibayar. Ianya menunggu kelab mendapat presiden baharu terlebih dahulu.
Barcelona is struggling financially…
— Lost ~$115M last season
— Debt has doubled to ~$600M
— Players accepted 70% wage cuts
— Can't make salary payments due in January"Economically speaking, I would've sold Messi in the summer window"
— Interim President Carlos Tusquets pic.twitter.com/P6lLamsZSd
— Joe Pompliano (@JoePompliano) December 3, 2020
Gaji Lionel Messi pada tahun akhir sekitar €37 juta, masih belum diterima penuh. Ianya adalah baki daripada bayaran gaji Messi pada kontrak yang ditandatangani sebelum ini bernilai €127 juta setahun.
Malah baru baru ini, presiden interim di kelab Barcelona berterus terang menyatakan bahawa, situasi semasa kelab Barcelona tidak menyokong langsung idea untuk melanjutkan kontrak Messi.
Presiden Interim Barcelona, Carles Tusquets telah mengesahkan bahawa pemain di kelab tersebut tidak akan menerima gaji mereka untuk bulan Januari.
Ini kerana situasi kewangan kelab kini tengah berada dalam keadaan yang “membimbangkan”.
Tusquest dedahkan realiti di Barca
Carlos Tusquets memberitahu perkara itu dalam wawancara dengan stesen radio Catalan RAC1 beberapa minggu lalu.
Tusquets juga menjelaskan betapa teruknya keadaan kewangan kelab, walaupun telah membuat perjanjian untuk pemotongan gaji dengan pemain skuad pasukan pertama bulan lalu.
Pemotongan gaji itu membuatkan kelab kelab menjimatkan € 122 juta. Tetapi ia tetap tidak dapat mengatasi impak yang besar ditanggung mereka ketika ini.
Lantas Tusquets berterus terang sahaja bahawa Januari ini para pemain Barca tak akan mendapat gaji mereka. Namun beliau masih ‘penuh harapan’ bahawa para pemain akan menerima gaji mereka.
Barcelona melakukan pembayaran gaji dua kali dalam setahun / semusim iaitu pada Januari dan Julai. Bukannya setiap bulan pemain pergi check kat ATM.
Tusquets mengatakan mengenai keadaan ekonomi di kelab tersebut: “Ini buruk. Ia membimbangkan, tetapi saya tetap penuh harapan.”
“Pemain tidak akan menerima pembayaran bulanan untuk bulan Januari.”
“Mereka mempunyai dua pembayaran, pada Januari dan Julai. Dan untuk Januari ini mereka tidak akan menerima pembayaran.”
“Ini ditangguhkan dengan cara yang sama seperti jenis gaji dan faedah lain yang ditunda, seperti bonus untuk memenangi gelaran. ”
Akaun kelab menunjukkan bahawa hutang Barcelona meningkat dua kali ganda sepanjang kempen 2019/20 di tengah situasi kewangan yang sangat membimbangkan.
Carlos Tusquets(interim Barca president) 🗣:
"Players will not get their January salaries, the financial situation is terrible and worrying. The Club should've sold Messi"
What a shit show 😳 pic.twitter.com/NiA2izehUm
— Footy Accumulators (@FootyAccums) December 3, 2020
Angka kewangan kelab, seperti yang digariskan oleh Marca, menunjukkan bahawa hutang di kelab telah meningkat dari €217 juta pada bulan Jun 2019 menjadi €488 juta pada bulan Jun 2020.
Ianya jauh lebih tinggi daripada angka €300 juta yang diramalkan Bartomeu sebelum ini.
Tusquets kecam Bartomeu
Tusquets turut menyindir Bartomeu yang menurutnya meletakkan keadaan kelab di kedudukan lebih teruk kerana tidak menjual Lionel Messi.
Bartomeu sebelum ini takut mengambil keputusan yang boleh memburukkan lagi reputasinya.
Di mana ketika itu Bartomeu berkata: “Saya tak mahu dikenang sebagai presiden yang menjual Lionel Messi.”
Dengan situasi ekonomi yang melanda, tanpa kehadiran penyokong ke stadium, Tusquets menegaskan Bartomeu seharusnya membuat keputusan dengan menjual Lionel Messi.
Ini kerana Messi mahu keluar dan kelab seperti Man City dan PSG berminat dengan pemain itu.
Selain daripada mendapat duit masuk daripada harga penjualan Messi, kelab juga boleh menjimatkan wang dengan tiada angka gaji Messi yang terlalu tinggi.
Tusquets berkata: “Daripada sudut pandangan ekonomi, saya jual je Messi pada jendela musim panas hari tu. Kita pasti gembira dengan wang yang diterima dan juga wang yang kita boleh jimatkan dari segi gaji.”
🎙Carles Tusquets, President of the Barça Management Committee, to @elmonarac1.
🗣: "From an economic standpoint, I would have sold Messi in the summer. It would have been desirable for the money you would have received and for what you would have saved through wages."#FCB 🇦🇷💰 pic.twitter.com/J9pDge7Psm
— Barça Buzz (@Barca_Buzz) December 3, 2020