Isu penyiaran sentiasa menjadi perkara penting dalam sesuatu temasya. Daripada jumlah tajaan sehinggalah ke kualiti produksi.
Terbaru, penyiar rasmi AFCON 2021 di Cameroon telah memaparkan formasi pelik melibatkan pasukan Mesir.
Mesir yang diperkuat oleh bintang Liverpool, Mohamed Salah telah dipaparkan bermain dengan formasi 5-5-0.
Di mana ada lima pertahanan dan lima pemain tengah tampa penyerang utama.
Keadaan itu benar benar kelakar bagi mereka yang menyaksikannya. Ada yang menyatakan bahawa pihak penyiar jelas sekali tidak melakukan kajian yang mendalam ke atas pasukan yang bertanding. Kemudian mereka keliru dan pakai hentam je.
So Egypt 🇪🇬 is playing 5-5-0 formation 😂😂 pic.twitter.com/GSyhEJiR8x
— Shane wale Khosi (@ShanFm92_DJ) January 11, 2022
Skuad Mesir sebenarnya beraksi dengan formasi 4-3-3 dalam perlawanan ini.
Dalam aksi menentang Nigeria dalam aksi pembukaan, Mesir kalah 0-1. Ianya dianggap perlawanan paling besar dalam peringkat kumpulan.
Kelechi Iheanacho mejadi penjaring tunggal perlawanan untuk memastikan 3 mata pertama milik Nigeria.
Sebenarnya, bukan Mesir sahaja yang menjadi mangsa kepada ketidakcekapan pegawai penyiar dalam menyusun formasi pemain.
Dalam aksi antara Algeria dan Sierra Leone, nama bintang Algeria, Riyad Mahrez diletakkan sebagai pemain bek tengah.
Sedangkan pemain itu sangat popular dan semua peminat bola sepak tahu Mahrez beraksi di posisi serangan.
Either the world feed for #AFCON2021 does not care for tactical formations, or Riyad Mahrez is supposed to be playing at centre-back against Sierra Leone right now… pic.twitter.com/Ej9R4DYFrt
— 🇬🇠Carl Anka 🇬🇠(@Ankaman616) January 11, 2022