Penyiaran Amerika Ini Konfiden Temuramah Balogun, Ingatkan Dia Saka

Arsenal menentang pasukan Bintang MLS dalam aksi pra musim pertama mereka di Amerika Syarikat.

The Gunners menang besar 5-0 dalam perlawanan tersebut.

Gabriel Jesus dan Leandro Trossard meletakkan Arsenal 2 gol di hadapan pada separuh masa pertama.

Dan 3 lagi gol pada separuh masa kedua adalah menerusi Jorginho, Gabriel Martinelli dan juga Kai Havertz yang merasmikan debut perlawanan tak rasminya untuk Arsenal.

Bukayo Saka tampil cemerlang dalam perlawanan ini. Dan dia menghasilkan beberapa magis dan assist kepada rakannya.

Blooper daripada pihak penyiar rasmi

Namun begitu selepas tamat perlawanan, berlaku kesilapan yang dianggap bodoh dilakukan oleh pihak penyiar rasmi.

Mereka ternyata tidak kenal starboy yang bernama Bukayo Saka.

Mereka mahu menemuramah Bukayo Saka yang diumumkan sebagai pemain terbaik perlawanan ataupun MVP dalam aksi tersebut.

Dengan yakinnya mereka memanggil Folarin Balogun untuk ditemuramah.

Saksikan di sini:

Seorang peminat bola sepak tak dapat menahan diri daripada ketawa dengan menyatakan: “Apa yang lebih menarik Balogun adalah pemain kebangsaan Amerika Syarikat yang terbaik pada masa ini.”

Balogun telah memutuskan untuk memilih Amerika Syarikat sebagai negara yang diwakilinya di peringkat antarabangsa selepas kecewa gagal mendapat panggilan kebangsaan England. Walaupun musim lalu dia menjadi pesaing kasut emas Ligue 1.

Ada juga yang meminta Amerika Syarikat untuk tidak masuk campur soal bola sepak / football dan teruskan dengan dunia soccer mereka.

Seorang lagi menegaskan: “Apa agaknya perasaan Balogun mengetahui negara yang dia wakili tak kenal dia.”

Masa depan Balogun di Arsenal masih tidak menentu walaupun dia antara penyerang prolifik di eropah musim lalu.

Arsenal terbuka untuk menjual pemain itu ke kelab lain dalam usaha mereka mahu mengimbangi akaun mereka.

Peminat Arsenal ramai berharap pemain itu akan terus kekal di Arsenal jika kelab itu mahu menjuarai EPL musim ini.

Hal ini kerana mereka berpendapat, Balogun lebih baik daripada Eddie Nketiah.

Mikel Arteta menegaskan bahawa apa sahaja boleh berlaku dalam jendela perpindahan kali ini. Pemain seperti Thomas Partey turut antara yang menjadi nama dalam senarai untuk dijual oleh Arsenal.

Arsenal membawa masuk Declan Rice, Kai Havertz dan Jurrien Timber dalam jendela perpindahan kali ini.

Rice dibeli dengan rekod perpindahan Inggeris dengan harga £105 juta, sementara Kai Havertz dibeli dengan £65 juta. Timber dibeli dengan nilai £40 juta.

Baca yang lain

Bernardo Silva Singkir Chelsea

Chelsea disingkirkan oleh Manchester City daripada separuh akhir Piala FA 2023/24. Jaringan tunggal oleh Bernardo Silva minit ke-84, membuatkan Chelsea gigit jari