Penyokong Barca Turun Jalanraya Protes Kepada Kepimpinan Bartomeu Selepas Messi Nak Angkat Kaki

Penyokong Barcelona berkumpul di luar stadium Camp Nou pada malam semalam [waktu Catalonia la] sebagai tunjuk perasaan.

Ini selepas kapten kelab Lionel Messi menghantar transfer request daripada Barcelona menerusi klausa khas pada kontraknya.

Ianya hanya beberapa hari Bartomeu menyenaraikan Messi dalam list pemain yang ‘tak boleh disentuh’ kelab lain.

Bartomeu juga dengan nada yakin menyatakan dia ada bercakap dengan Messi dan ayahnya dan memberikan jaminan Messi akan kekal sehingga tamat kariernya di Barca.

Messi aktifkan klausa pergi percuma

Messi ada klausa khas yang membenarkannya pergi secara percuma pada akhir musim selepas beliau berusia 32 tahun.

Klausa itu hanya boleh diaktifkan oleh Lionel Messi sejak musim lalu lagi.

Dan pada musim panas 2019, Messi memutuskan untuk tidak mengaktifkannya dan memilih untuk keklal di Barcelona.

Namun klausa itu masih aktif pada akhir musim ini dan sepatutnya digunakan pada Jun.

Bulan ini dah Ogos. Namun Marca ada kemungkinan Messi boleh menggunakan klausa itu kerana musim sudah berakhir.

Selain itu Messi sudah setuju untuk bermain sehingga Ogos. Dan itu antara alasan yang akan digunakan Messi untuk menebus klausa tersebut.

Mana mungkin Lionel Messi pergi pada bulan Jun yang lalu kerana Barcelona memerlukan beliau untuk mengharungi baki saingan liga dan kemudian Liga Juara Juara Eropah.

Musim ini memang kalendarnya tidak seperti musim kebiasaannya, selepas dunia dilanda wabak.

Marca melaporkan Messi sudah menghantar faks yang menyatakan bahawa beliau mahu meninggalkan Barcelona dengan mengaktifkan klausa tersebut.

Marca juga menyatakat pemanjangan tempoh klausa itu aktif adalah sejajar dengan musim yang dilanjutkan.

Dengan cara itu, Messi boleh berpindah ke kelab lain secara percuma. Barcelona terus mengadakan mesyuarat tergempar berkenaan dengan situasi Lionel Messi.

RAC1 melaporkan bahawa Messi telah mengadakan pertemuan tertutup dengan Koeman.

Koeman sudah menyatakan beliau mahu menjadikan Messi tunjang kepada projeknya. Namun Messi pula dilaporkan lebih memilih untuk keluar pada kali ini.

Setakat ini, hanya dua kelab yang dilaporkan dapat menampung pemain Argentina itu. Mereka adalah kelab yang keduanya mendapat status naib juara di liga masing-masing, Manchester City dan Inter Milan.

Penyokong Barca demonstrasi di jalanan

Kumpulan penyokong Blaugrana mula berkumpul di luar hadapan kompleks sukan kelab di ibu negara Catalan pada hari Selasa setelah berita diberitahu bahawa Messi akan meninggalkan Barcelona musim panas ini.

Mereka membawa jersi Messi dan meluahkan rasa tak puas hati kepada pengurusan tertinggi Barcelona.

Ianya beberapa hari selepas Barca disingkirkan dengan cara memalukan di tangan Bayern dan menamatkan musim tanpa piala buat pertama kali selepas 12 tahu.

Berita lain kemudian muncul bahawa Barcelona mengadakan pertemuan tergempar di antara lembaga pengarah.

Para penyokong Barcelona sudah lama berbulu dengan pengurusan Bartomeu yang dianggap tak kompeten dan banyak melakukan pembaziran tak masuk akal.

Seterusnya Bartomeu gagal mewujudkan pasukan Barcelona yang lebih harmoni seperti dahulu. Di mana pengurus dipecat silih berganti sebagai kambing hitam.

Messi telah memenangi enam anugerah Ballon d’Or selama mantra di Camp Nou, di mana dia telah menghabiskan keseluruhan karier profesionalnya dan menaikan dirinya sebagai salah seorang pemain bola sepak terhebat yang pernah bermain dalam arena bola sepak.

Messi telah menjaringkan 634 gol yang hampir dalam 731 penampilan rasmi untuk Barcelona.