Penyokong Bengang Kenyataan ‘Perasan Bagus’ Henderson: “Manchester United ‘Scam’ Saya”

“Pergi terus dan jangan kembali lagi!” Kata seorang peminat Manchester United selepas Dean Henderson membuat kenyataan kontroversi perasan dirinya bagus dan kemudian mengecam Manchester United sebagai menipunya.

Dean Henderson turut mendedahkan dia tidak bercakap dengan Erik ten Hag sebelum dipinjamkan pada musim panas ini dan tidak bercakap dengan pengurus itu sampai ke hari ini.

Penjaga gol Manchester United, Henderson meninggalkan kelab itu pada awal jendela perpindahan untuk menyertai pendatang baharu Liga Perdana, Nottingham Forest secara pinjaman untuk musim ini. Selepas setahun dengan hampir tiada masa bermain, penjaga gol yang pernah bersaing tempat menjadi no.1 England itu berminat untuk keluar secepat mungkin dan tidak menunggu untuk membincangkan perkara itu dengan Ten Hag sebelum berlepas ke City Ground.

Ten Hag mungkin mahu mengekalkan Henderson untuk melihat potensinya dan De Gea. Hal ini kerana Henderson adalah ball playing keeper yang lebih selesa dengan bola berbanding dengan De Gea. Oleh sebab itu Henderson menyatakan dia tak mahu berjumpa Ten Hag  atau berlatih depan pengurus tersebut, kerana itu akan membuatkan Ten Hag mahu dia kekal nanti.

Ditanya adakah dia sudah bercakap dengan Ten Hag, dia menjawab: “Tidak,” katanya kepada talkSPORT.

“Saya tidak begitu suka pengurus masuk campur dan dapat melihat saya dalam sesi latihan kerana saya tahu dia mungkin mahu saya kekal.”

“Jadi saya cuba melakukan semuanya sebelum saya pergi untuk musim ini. Saya memberitahu semua hierarki, apa yang saya perlukan adalah untuk pergi dan bermain bola sepak. Saya tidak mahu berada di sini menjadi pemain pilihan kedua. Dan ia sudah diputuskan, boleh dikira saya [memutuskan untuk] pergi sebelum pengurus masuk dan saya tidak bercakap dengannya sejak itu.”

Ia merupakan kali kelima graduan akademi itu meninggalkan Old Trafford, dengan perpindahan paling menonjol sebagai pinjaman adalah kejayaan selama dua tahun di Sheffield United dari 2018-2020. Henderson memainkan peranan penting dalam kejayaan kembalinya Blades ke liga teratas dan kembali ke United bersedia untuk mencabar David de Gea untuk tempat No.1.

Bukan itu sahaja, ia malah di landasan terbaik mencabar tempat Jordan Pickford sebagai penjaga gol no.1 England pada masa itu.

Menjelang penghujung musim 2020/21, dia kelihatan berjaya untuk melakukan itu selepas memulakan 10 daripada 12 perlawanan terakhir di bawah kendalian Ole Gunnar Solskaer. Persembahan buruk De Gea dalam kekalahan final Liga Europa kepada Villarreal kemudiannya kelihatan mengukuhkan kedudukannya lebih jauh lagi ke kempen baharu.

Difahamkan bahawa Solskjaer telah memaklumkan pemain berusia 25 tahun itu bahawa dia akan menjadi pilihan utamanya pada musim lalu tetapi serangan pandemik menimpanya telah menjejaskan pramusimnya dan bermakna dia tidak kembali beraksi sehingga kempen bermula.

Pada ketika itu De Gea menikmati kembali ke prestasi terbaiknya. Pemain penjaga gol Sepanyol itu mengekalkan tahap prestasinya yang tinggi sepanjang musim yang bermakna Henderson cuma mampu muncul dalam tiga penampilan sahaja. Di England namanya sudah dipintas penjaga gol Arsenal iaitu Aaron Ramsdale untuk perebutan slot no.1 dengan Pickford.

Henderson: Manchester United menipu saya

Ia menyebabkan Henderson berasa marah sepanjang musim. Dia menambah: “Saya menolak begitu banyak tawaran pinjaman kelab lain, baik musim panas lalu atas sebab itu [dijanjikan tempat No.1], dan mereka tidak akan melepaskan saya pergi. Ia mengecewakan. Untuk duduk di sana dan membazirkan 12 bulan adalah satu jenayah, [mengambil kira] umur saya. Saya marah.”

Kenyataan Henderson itu benar benar kurang disenangi peminat Manchester United yang mengingatkan pemain itu bahawa dia masih pemain United. Dia cuma pergi secara pinjaman.

Ramai juga melabel Henderson sebagai ego tak bertempat. Dia rasa tersanjung dengan media Inggeris sehingga merasakan dia setaraf Van De Sarr.

Seorang lagi peminat menyelar Henderson sebagai tipikal pemain Inggeris yang sentiasa mementingkan diri sendiri.

Baca yang lain

Penyokong Sociedad Ejek Greenwood

Mason Greenwood sekali lagi menjadi serangan lisan berbaur hinaan ke atasnya. Penyokong pelawat, penyokong Real Sociedad telah berkali kali melaungkan Greenwood pergi