Tragedi berdarah di Stadium Kanjuruhan, Kabupaten Malang, Jawa Timur, menarik perhatian ramai pihak di seluruh dunia terutama sekali komuniti bola sepak.
Bola sepak dunia berduka pada beberapa minggu lalu apabila kira kira 131 orang penyokong dilaporkan maut dalam tragedi rusuhan di dalam stadium di Indonesia.
Tragedi di Kanjuruhan adalah kerana pertembungan antara penyokong Arema dan polis yang cuba mengawal rusuhan penyokong yang masuk ke padang.
Seporter tuan Arema FC masuk kedalam lapangan usai tim kebanggaan mereka dikalahkan oleh Persebaya Surabaya dikandang sendiri. pic.twitter.com/C2r5AHBT6y
— BRI Liga 1 2022 (@Liga1Match2022) October 1, 2022
Penyokong Arema merusuh selepas pasukan mereka tewas di tangan Persebaya. Pertempuran itu mendorong polis melepaskan gas pemedih mata ke arah penyokong.
Gas pemedih mata turut dilepaskan. Dan CNN Indonesia melaporkan bahawa gas pemedih mata itu turut menyebabkan ramai penonton sesak nafas dalam keadaan ramai yang dipijak-pijak ketika cuba menyelamatkan diri.
Selepas berjam-jam merusuh di dalam stadium dan bertembung dengan pasukan keselamatan, ramai yang terkorban. Ini merupakan tragedi paling buruk di Indonesia.
🇮🇩 More than 100 people dead because of riot after Arema vs Persebaya match at Stadion Kanjuruhan Malang, police officers action aggravated the situation by shooting tear gas which is prohibited by FIFA regulations pic.twitter.com/QFCDGuzwMd
— 𝚁𝙰𝙶𝙴 𝙰𝙶𝙰𝙸𝙽𝚂𝚃 𝚃𝙷𝙴 𝚅𝙰𝙲𝙲𝙸𝙽𝙴 (@72powpow) October 1, 2022
Arema merakamkan permohonan maaf yang tidak terhingga kepada keluarga mangsa yang maut.
🔴INDONESIA :#VIDEO MASSACRE (!) AT KANJURUHAN STADIUM!
127 people died, more than 180 injured, after a riot broke out at a football match between Arema & Persebaya at Kanjuruhan Stadium in Malang.#BreakingNews #UltimaHora #Kanjuruhan #Malang #Masacre pic.twitter.com/TVJjgTB4pW
— loveworld (@LoveWorld_Peopl) October 1, 2022
“Kepada keluarga mangsa, pihak pengurusan Arema FC memohon maaf yang tidak terhingga dan sedia memberikan pampasan. Pihak pengurusan sedia menerima cadangan dan input dalam pengendalian selepas bencana itu agar ramai yang terselamat,” kata Haris.
#Breaking: Just in – Reports that protests are breaking out near a police station in #Indonesia, after people found out that riot police tear gassed 127 people to death between a football match of Arema and Persebaya. pic.twitter.com/7SrRRUI95S
— Sotiri Dimpinoudis (@sotiridi) October 1, 2022
Sokongan dari Jerman
Dalam perlawanan digelar Der Klassiker ketika pasukan Borussia Dortmund menentang Bayern Munich, penyokong Dortmund membentangkan sepanduk dengan nada sokongan. Kain rentang yang ditujukan kepada mangsa Tragedi Kanjuruhan dipamerkan di Stadium Signa Iduna Park.
Sepanduk itu dibentangkan sejurus sebelum perlawanan Borussia Dortmund vs Munich bermula. Apa yang lebih menarik perhatian adalah kain rentang tersebut ditulis dalam Bahasa Indonesia.
Dalam beberapa gambar yang tular dengan meluas di media sosial, sepanduk bertulis “Malang, anda tidak bersendirian” dipaparkan dengan megah di salah sebuah seksyen penyokong di dalam stadium.
Unsere #Kurvenfotos vom heutigen Unentschieden des #BVB gegen den FCB 📸. #bvbfcb pic.twitter.com/SajNkDhDYW
— schwatzgelb.de (@schwatzgelbde) October 8, 2022
Kemudian, sepanduk lain yang bertulis ‘Justice for Kanjuruhan’ turut menghiasi sokongan yang diberikan oleh penyokong Dortmund. Mereka mahu pihak yang bertanggungjawab diheret ke muka pengadilan.
Selain penyokong Borussia Dortmund, sokongan turut mencurah-curah daripada beberapa pangkalan sokongan di Eropah. Terbaru, ada penyokong Inter Milan turut memberikan sokongan dengan sepanduk putih bertulis ‘RIP Kanjuruhan’.
Bukan sahaja membentangkan sepanduk, peminat Nerazzurri juga memberi penghormatan terakhir mereka dengan senyap seketika. Kemudian, penyokong Inter mengakhirinya dengan tepukan sebagai tanda sokongan.
Sementara itu
Jangan pernah putus doa kita untuk mereka yang berpulang pic.twitter.com/Ys2abPNAsJ— Inter Club Indonesia (@InterClubIndo) October 8, 2022