Penyokong City Boo Cancelo Dan Sorak Mesra Leroy Sane

Siapa sangka, tahun lalu dan tahun sebelumnya, peminat Man City menjulang Cancelo sebagai bek sisi yang dianggap terbaik di Eropah di mata mereka.

Prestasi luar biasa Cancelo ketika itu benar benar sukar digugat. Menjadi tunjang Man City dalam kejuaraan EPL dan piala domestik.

Namun semalam, dia diejek oleh penyokong City.

Joao Cancelo hadir ke Etihad sebagai pemain Bayern Munich dalam aksi suku akhir Liga Juara Juara Eropah. Di mana sebelum perlawanan dia menyatakan dia sudah bersemangat mahu menewaskan kelab asalnya itu.

Cancelo turut memberikan sedikit perbandingan dari segi pengurus dan kejurulatihan.

Di mana menurutnya, di Bayern, dia lebih faham dengan apa yang jurulatih mahukan.

Cancelo masih berstatus pemain pinjaman di Bayern. Namun cara dia mendesak perpindahan keluar dari City membuatkan peminat menyampah dengannya.

Dia telah bertengkar dengan Pep Guardiola kerana tidak berpuas hati digugurkan ke bangku simpanan. Menyatakan bahawa dia tidak suka berada di bangku simpanan.

Guardiola yang kecewa dengan sikap Cancelo yang dianggap biadap.

Dalam aksi pertama suku akhir di Etihad, Manchester City menang 3-0. Dengan Erling Haaland meneruskan rentak cemerlangnya. Mencetak gol ke-45 dalam semua pertandingan  musim ini.

2 lagi gol City menerusi Bernardo Silva dan screamer oleh Rodri.

Tumpuan terarah kepada Cancelo yang masuk sebagai pemain gantian. Di mana pemain itu sudah kehilangan tempatnya di dalam kesebelasan utama Bayern sejak menyertai mereka.

Peminat Man City memberikan sorakan sambutan untuk Leroy Sane. Namun mereka mengejek Cancelo sejak daripada pemain itu melakukan pemanasan di tepi padang lagi.

Ketika masuk, kedengaran bunyi boo itu jelas. Ianya bukan kepulangan yang diharapkan Cancelo. Dan dia selepas ini masih perlu kembali ke Man City selepas tempoh pinjamannya tamat.

Ini kerana Bayern sebelum ini menyatakan, buat masa ini, kelab gergasi Jerman itu masih tidak tefikir untuk mendapatkan pemain itu secara tetap kerana prestasinya di bawah paras yang diharapkan.

Seorang peminat menyatakan, dia berpuas hati mendengar boo ke atas Cancelo untuk mengingatkan beliau agar tiada pemain lebih besar daripada kelab.

Baca yang lain