Penyokong City Meroyan Tengok Jersi Hipster Home Dan Ketiga Rekaan Puma Yang Tertiris

Pada ketika ini penyokong Man City berharap jersi yang tertiris yang mereka lihat itu hanyalah rumors dan tidak benar.

Puma dilaporkan telah nekad untuk mereka jersi yang bermotifkan hipster untuk dipakai pasukan sebelah biru di bandar Manchester itu.

Jika menjadi kenyataan, mereka menganggap itu sebagai satu mimpi ngeri. Dan ramai yang menyatakan sudah sedia untuk tidak membeli jersi itu.

Simpan sahaja wang untuk keperluan yang lain.

Namun sebelum ini Footyheadlines memang ada reputasi yang tinggi dalam bocor membocor perihal jersi pasukan di Eropah ini.

Sebelum ini tertiris jersi home pasukan Man City yang ternyata membuatkan ramai terkejut lalu marah seperti Saddiq Segaraga.

Mana taknya, jersi tersebut ibarat tanah tandus yang merekah ketika kemarau melanda.

Ada yang menyatakan mereka terpaksa ‘berpuasa’ daripada membeli jersi City yang home untuk dua musim berturut-turut.

https://twitter.com/Luke_MCFC_1894/status/1261356864362606592

Seksaan itu ditambah lagi apabila bocor pula jersi ketiga Man City yang dilaporkan sudah difinalize.

Jersi tersebut sedikit berbeza dengan jersi pertama kerana ianya kali ini bermotifkan corak seperti flaura dan fauna yang diukir pada jersi mereka.

Ada juga yang menyatakan ia seperti betuk mikorogranisma yang dizoom dengan mikroskop.

Warna putih ditampal dengan corak ukiran berwarna biru, menjadikan jersi itu seperti corak batik kalau dilihat dari jauh.

Rekaan tersebut sangat mengecewakan para penyokong Man City. Yang kini tinggal jersi kedua sahaja sebagai harapan mereka untuk dibeli. Setakat ini jersi kedua Man City antara yang menjadi pilihan peminat mereka dalam beberapa musim kebelakangan ini.

Ini kerana jersi kedua/away mereka biasanya lebih menawan dan menggoda.

Jersi tersebut berkonsepkan hipster. Dan Puma telah membuatkan ramai kecewa dengan rekaan mereka setakat ini.

Ada peminat Man City menyatakan bahawa, tidak perlu nak hipster sangat, lebih baik kekalkan dan kembali ke tradisi asal.

Mereka menegaskan, inilah jadinya apabila hipster dibawa masuk ke dalam bola sepak. Terus huru hara jadinya kepada tradisi kelab.

Ada seorang lagi peminat menegaskan, jika nakkan jersi hipster, Puma memang satu kesilapan untuk City. Kerana menurut mereka, Puma memang failed dalam menghasilkan jersi hipster.

Namun ini bukanlah jersi yang rasmi, masih di peringkat rumors. Jadi, masih ada yang kekal bertenang.

Walaupun ramai yang mengecam, namun ada juga yang memuji jersi tersebut sebagai unik dan sudah tiba masanya untuk Man City tampil lebih hipster di arena bola sepak.

Manchester City masih belum mengumumkan jersi terbaharu mereka untuk musim hadapan.

City ketika ini sedang sibuk memikirkan untuk keluar daripada hukuman larangan bermain di UCL berbanding dengan benda lain.

Mereka dikenakan penggantungan oleh UEFA selepas melanggar perundangan FFP yang ditetapkan.