Penyokong Colombia Bengang Dah Beli Tiket RM9.3k Namun Dihalang Masuk Ke Stadium

Peminat Colombia bengang kerana dia tidak dapat masuk ke dalam stadium untuk menyaksikan perlawanan antara Argentina dan Colombia – pada final Copa America 2024.

Lebih mengejutkan seorang peminat menunjukkan bahawa dia sudah membayar USD2,000 untuk menyaksikan perlawanan tersebut bersamaan sekitar RM9.342.

Dia menjadi antara salah seorang daripada ribuan yang lain lagi yang tidak dapat masuk ke stadium. Mereka mahukan hak mereka. Kerana sudah membayar tiket tersebut.

Dia benar benar kecewa tidak dapat menyaksikan aksi Argentina dan Colombia serta persembahan Shakira pada aksi rehat separuh masa.

Shakira ataupun Kak Kira menjadi penyanyi undangan untuk final ini. Membuatkan rehat separuh masa dilanjutkan menjadi 25 minit untuk memberikan peluang kepada dia bergelek.

Berlaku juga insiden di mana penyokong yang disekat masuk ini cuba menceroboh masuk daripada saluran ventilasi angin. Perlawanan sempat ditangguhkan seketika selama 30 minit, kerana masalah penyokong ini yang didakwa tidak memiliki tiket atau tiket yang sah.

Namun ada yang mendakwa sebenarnya mereka sudah ada tiket. Cuma tidak dibenarkan masuk kerana stadium telah penuh sesuai dengan kapasitinya.

Kapasiti itu penuh setelah ada petugas keselamatan yang membenarkan sahaja penyokong masuk kerana keadaan terlalu sesak di pagar masuk. Mereka risau dengan keselamatan kanak kanak yang turut berada dalam kerumuman tersebut.

Dalam aksi final tersebut, Argentina menang 1-0 menerusi gol oleh Lautaro Martinez pada masa tambahan.

Menambah lagi koleksi kejuaraan Argentina di peringkat antarabangsa. Argentina berjaya mempertahankan kejuaraan Copa America buat dua edisi berturut turut.

Mereka kini sudah memenangi 3 piala dalam 3 tahun terakhir ini. Menjadikan skuad Argentina ini antara yang paling berjaya di dalam sejarah.

Argentina dijadualkan bertemu dengan Sepanyol dalam Finalissima yang akan datang. Piala persahabatan yang menemukan juara Eropah dan juara Amerika Selatan. Ianya dibangkitkan semula selepas pemergian Diego Maradona.

Argentina adalah penyandang juara menewaskan Itali sebelum ini.