Penyokong England Ini Dedahkan Realiti Qatar Tidak Seburuk Ditulis Media Barat

Sekelompok penyokong England yang berada di Qatar ternyata kesal dengan pandangan media luar terutama sekali media Inggeris dan Barat tentang negara Arab tersebut.

Mereka menyatakan bahawa, di Qatar mereka menikmati masa masa yang hebat di negara tersebut.

Wartawan bertanya pengalaman mereka di Qatar selepas banyak media menyatakan bahawa negara tersebut sangat mementingkan diri dan tidak mesra pelancong.

Seorang peminat menafikannya. Dia berkata, mereka sangat gembira berada di Qatar. Layanan yang mereka terima tiada bezanya dengan layanan di negara lain.

Malah penyokong tersebut menyatakan dia tidak kisah dengan undang undang negara tersebut, kerana itu hak mereka untuk menentukannya.

Kerana tujuan mereka datang ke Qatar untuk bola sepak bukannya datang nak berpolitik atau perkara lain.

Penyokong tersebut dengan wajah teruja berkata: “Sememangnya luar biasa, kami sangat gembira berada di tempat kami sekarang ini. Walaupun tempat kami agak jauh, dan  tempat tinggal kami sekarang, tiada yang lebih baik, layanan yang mesra.”

“Segalanya sangat baik di sini sebagaimana selayaknya.”

“Undang undang mereka, negara mereka, lantak mereka lah.”

“Kita datang ke sini untuk bola sepak, bukannya untuk berpolitik atau benda lain. AYUHHHH ENGLANDD.”

Seorang lagi menyatakan bahawa media sengaja cuba mencari isu yang mereka mahu bangkitkan tentang Qatar.

Dan dia menasihati orang di luar sana jangan terperdaya dengan laporan beberapa media yang cuba memburuk burukkan Qatar.

Dia menambah: “Segalanya di sini baik baik saja kot. Kami berada di sini dan sangat seronok kau.”

“Orang banyak bercakap tentang bir itu bir ini, tapi kita boleh cari benda lain. Misalnya makanan di sini. Kita boleh mendapatkan makanan yang berbaloi dengan wang kita.”

Kemudian peminat yang pertama tadi mencelah: “Tentang penginapan di sini, kami mencari yang paling murah. Kami pun awalnya risau juga, sebab membaca pandangan media tentang negara ini.”

“Kami menginap di kem penempatan penyokong yang besar  tu, dalam satu kluster. Kami ada katil, ada air panas, ada wifi yang laju gila.”

Seorang lagi menambah, mereka seronok berada di situ, dapat mengadakan pesta bersama sama dengan peminat dari negara lain.

Akhir sekali peminat yang keempat menyatakan bahawa dia tidak mampu menggambarkan dengan kata kata, kemesraan dan keramahan rakyat Qatar sejak mereka tiba di negara itu.

Dia rasa seronok walaupun mereka tinggal di tempat yang paling murah.

Kemudian dia menambah: “Ini lebih kepada isu antara Timur dan Barat. Tapi kamu kena hormati rakyat di sini dan budaya mereka.”

Tiada alkohol bukan masalah

Dia mengakui bahawa tanpa alkohol para penyokong dapat menzahirkan sokongan yang lebih semangat yang lebih tulen. Dia melihat lebih banyak kebaikan tanpa alkohol berbanding sebelum ini.

“Dan saya rasa tanpa alkohol, bukanlah perkara yang teruk. Kamu boleh saksikan semangat sokongan lebih tulen kerana tidak dipengaruhi alkohol.”

“Kemudian, saya dapat rasakan, lebih semangat perpaduan. Sebab kadangkala, kamu sendiri tengok, kalau alkohol mempengaruhi peminat,” kata penyokong itu merujuk kepada beberapa insiden penyokong terutama sekali England yang kerap menimbulkan kekacauan.

Wartawan Ini Terkejut Polis Qatar Tanya Dia Keadilan Dia Mahukan Jika Pencuri Ditangkap

Seorang wartawan Argentina, Dominique Metzger telah membuat laporan polis bahawa dompetnya telah dicuri ketika dia sedang membuat liputan siaran langsung dari Qatar.

Ketika berada di balai polis, Ketua Polis di bandar tersebut memberikan jaminan bahawa mereka akan dapat menangkap pencuri itu.

Ini kerana Qatar menggunakan sistem pengecaman wajah berteknologi tinggi. Terutama sekali jika dia warga Qatar.

Paling mengejutkan Metzger, polis siap memberikan peluang kepadanya untuk menentukan jenis hukuman yang dia mahukan ke atas pesalah itu.

Dia berkata: “Saya pergi ke balai polis, dan di situlah ada perbezaan budaya berlaku.”

“Seorang pegawai polis wanita berkata kepada saya: ‘Kami ada teknologi kamera pengecaman wajah berteknologi tinggi. Dan kami akan dapat mengesan di mana pencuri itu dengan pengecaman wajah’.”

Kemudian dia menjadi tergamam apabila pegawai itu bertanya kepadanya berbunyi:

“Sekarang ini, apa yang kamu mahukan sebagai keadilan, apabila kami berjaya menangkap pesalah ini kelak?”

Dia mengakui keliru dengan kenyataan itu. Kerana di Argentina dia tidak pernah mendengar polis meminta mangsa menentukan hukuman yang mereka mahukan.

Polis itu menerangkan sekali lagi kepadanya agar dia jelas: “Apa keadilan yang kamu mahu kami berikan kepada kamu? Kamu mahu pencuri ini dipenjara 5 tahun? Atau kamu mahu kami deportasikan dia?”

Deportasi adalah satu proses menghantar pesalah ke sesuatu negara untuk dibicarakan di sana dan dihukum dengan undang undang di negara tersebut.

Jadi bagi warga Qatar yang membuat onar termasuk di negara lain, jangan harap kerajaan mereka akan membantu melindungi mereka. Kerana keutamaan mereka adalah keadilan kepada mangsa.

Metzger berkata dia membuat permintaan khas tentang hukuman tersebut. Dan menyerahkan kepada polis menentukannya. Apa yang dia mahukan adalah dompetnya dikembalikan kerana ada kad pengenalannya dan kad penting yang lain.

Qatar sangat benci dengan jenayah di negara mereka. Mana mana rakyat mereka yang bersalah akan berdepan hukuman berat. Ini termasuk deportasi ke negara lain yang memerlukan mereka didakwa.

Keadilan untuk mangsa sangat dititikberatkan di negara tersebut yang menjadikan undang undang Islam sebagai garis panduan utama.

Ada netizen menyatakan bahawa perkara itu mungkin baru bagi sesetengah orang. Namun di negara seperti Belgium mereka turut menggunakan sistem yang sama.

Pieter Cleppe berkata: “Prinsip perundangan ini taklah segila yang kamu sangkakan. Di Belgium, di Bandar Leuven, mangsa kecurian, serta yang cedera, boleh menuntut jumlah pampasan segera. Jika pesalah setuju membayarnya, maka dia tidak akan dihukum lagi. Idea ini untuk mempercepatkan keadilan.”

BACA JUGA ARTIKEL PIALA DUNIA 2022:

Budweiser Mahu Hadiahkan Semua Bir Kepada Juara Piala Dunia Dan Saman FIFA

FIFA pada saat akhir telah membatalkan jualan bir di kesemua stadium Piala Dunia.

Sebelum ini berlaku konflik tentang peraturan penjualan bir. Qatar menentang penjualan bir di dalam stadium. Namun dalam laman rasmi FIFA, ada penjualan bir dibuat.

Bir tersebut adalah bir yang menjadi penaja rasmi Piala Dunia 2022 iaitu Budweiser, rakan kongsi FIFA dalam Piala Dunia. Ianya dianggap bir rasmi kejohanan.

Selepas itu, Gianni Infantino akur dengan kerajaan Qatar dan memutuskan untuk tidak menjual bir di kesemua stadium.

Kerajaan Qatar masih tidak berganjak dengan pendirian mereka tentang alkohol.

Peminat Ecuador menjerit: “Kami mahu bir” dalam perlawanan pembukaan semalam.

Selepas membuat perbincangan sebelum temasya bermula, FIFA akhirnya memutuskan untuk tidak menjual bir.

Infantino malah menyindir peminat bola sepak dari Eropah dan blok barat bahawa mereka tak akan mati kalau tak minum bir dalam masa 3 jam sehari.

Di Qatar, ada tempat khas yang menjual bir. Dan tempat itu kebiasaannya sangat jauh dari bandar. Serta bir sangat mahal.

Infantino berkata: “Kalau kamu tak minum bir dalam masa 3 jam dalam sehari, kamu masih akan hidup.”

“Ada banyak negara yang melarang penjualan bir dan alkohol di dalam stadium, misalnya Perancis. Namun oleh kerana Qatar negara Islam, maka ini satu masalah bagi kamu.”

Budweiser menanggung kerugian yang besar kerana larangan penjualan tersebut.

Dan mereka sedia untuk menyaman FIFA kerana melanggar kontrak.

Malah syarikat bir terkemuka itu sedia menghadiahkan kesemua bir edisi Piala Dunia 2022 mereka kepada negara yang memenangi Piala Dunia 2022.

Jumlah keseluruhan bir itu sekitar EUR75 juta ataupun RM352 juta.

Budweiser turut merancang untuk mengambil tindakan perundangan ke atas FIFA kerana larangan pada saat akhir itu.

Sebenarnya sudah banyak bantahan dibuat ke atas FIFA sebelum ini bahawa tajaan daripada syarikat bir seperti ini adalah tidak kena dan tak sesuai dengan acara bola sepak.

Dalam Euro yang lalu, Ronaldo pernah mengkritik penaja rasmi Coca Cola di sidang media dengan menyatakan bahawa lebih sihat minum air kosong berbanding air bergas.

Itu pun salah satu penaja yang dianggap tidak begitu sesuai.

Baca yang lain